Friday, December 18, 2009

SEA GAMES GOLD-VIENTIANE 09

Sehingga semalam 17hb Disember 2009, Malaysia telah meraih sebanyak 139 pingat, iaitu 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa. Diantara 40 pingat emas yang diraih, 1 sangat digembar gemburkan, iaitu dari bolasepak. ini adalah kerana, kali terakhir Malaysia berjaya mendapat pingat emas adalah 20 tahun yang lampau.

Kalau difikirkan, apalah sangat, yang 39 lagi tak dapat pun siaran langsung, ini separuh akhir pun siaran langsung (Malaysia 3 - 1 Laos). Tetapi memandangkan yang sukan Bolasepak adalah sukan yang telah berjaya mempeharuhi ramai peminat, buruk baiknya sentiasa mendapat tempat dalam media dan akan sentiasa menjadi topik perbualan.

Punyalah semangat, sampaikan anak saya (Adam) sempat tukar jersy pasukan Malaysia masa tengok perlawanan tersebut.

Sememangnya sukan adalah salah satu acara yang dapat menyatupadukan rakyat, lebih lebih lagi bila menang. Adalah diharapkan, agar kita dapat memilih dan terus mengembangkan sukan sukan tertentu yang kita mempunyai daya saing untuk terus berjaya ditahap yang lebih tinggi di persada antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan mana tahu bolasepak berjaya ke Piala Dunia.

Bila agaknya emas di Olimpik dan Berjaya menjadi salahsatu wakil Asia di Piala Dunia bolasepak FIFA ya???

1 comment:

Unknown said...

salam
insyallah jika ada persiapan dan persediaan yang lebih rapi malaysia boleh pergi lebih jauh.cuma x nak bila dah dapat ganjaran itu ini terus xde semangat nak main lagi