Hari ini (sejak sekian lamanya) kita memasuki era yang sunggoh mencabar. Setelah kita MERDEKA dari British, 31 OGOS 1957, kita masih bercerita tentang perpaduan. Baru-baru ini, PM mengumumkan 16hb September tahun depan kita cuti lagi, kerana pada tarikh itu Malaysia terbentuk (Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Serawak). Lepas tu PM pertama Tunku Abdul Rahman
MENYINGKIRKAN singapura.
Suka atau tidak (kalau tak suka...pergilah cari negara lain)inilah negara kita. Kita berhak mencoraknya, walau tak semudah yang kita harapkan. Sistem yang ada hari ini agak baik, tetapi sentiasa ada ruang untuk diperbaiki.
Saya nak pinjam senikata lagu Sudirman bertajuk WARISAN.
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi Warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Maksud senikata lagu tersebut perlu dihayati. Kita mungkin tidak sama, dalam satu keluarga ada bermacam rupa, yang kembar pun ada perbezaannya, yang ketara dan yang tidak. Warna, tinggi rendah, kurus dan berisi,agama dan sebagainya.
Tapi apabila kita kata ini TANAH AIR KU, maka kita mesti mencari cara menjaganya. Setiap orang yang bergelar Warganegara Malaysia perlu bersumpah taat setia kepada Tanah Ini. Yang susah dibantu, yang senang dan berkemampuan membantu.
Kita tidak perlu setuju dengan pemerintah, tetapi kita perlu terima hakikat bahawa pada ketika ini, mereka dipertanggung jawabkan oleh kita secara sistem "DEMOKRASI BEPARLIMEN, RAJA BERPELEMBAGAAN".
Marilah kita cari cara memperkukuhkan negara ini, saya pinjam kata-kata hikmah ini,
kita tidak mewarisi alam ini, kita meminjamnya dari anak-anak kita.Setiap dari kita ada peranan tersendiri, fikir fikirkan lah.