Showing posts with label keadilan. Show all posts
Showing posts with label keadilan. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

MACC ... SPRM

Kalau la MACC tu dapat kepercayaan rakyat sepenuhnya kan ke senang. Bila ada yang tak kena, terutama sekali yang berkaitan dengan RASUAH dalam negara, ada badan yang rakyat YAKIN, maklumlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-MACC).

Siap aje kerja mereka, cukup fakta ... maklumlah orang semua YAKIN ada bukti, dengan siasatan yang sempurna untuk mencari kebenaran dan seterusnya disampaikan pada AGC yang juga orang YAKIN.

AGC yang orang YAKIN, memastikan semuanya teratur, maka bermulalah proses seterusnya dimana orang yang tertuduh juga YAKIN bahawa dia akan diadili dengan telus kerana sekiranya dia tidak bersalah, sistem Kehakiman yang adil dan diYAKINi oleh semua pihak akan memberi semua pihak membuktikan bahawa orang tersebut bersalah atau tidak bersalah.

Adakah kita mempunyai sistem sedemikian ?

Adakah mana-mana negara mempunyai sistem sedemikian ?

Boleh ke kita mempunyai sistem sedemikian ?

Serius ke kita mengharapkan sistem sedemikian ?

Wednesday, January 12, 2011

Yang mana satu ????

**** UPDATE TERKINI yang dah lama

PM Najib kata, kalau berdebat nanti ada yang DEMAM, DSAI kata kalau DEMAM dia maka Panadol, kira ok la PM, kita orang nak tenggok DSAI Demam, bila tarikhnya. Ini peluang keemasan ni




*** UPDATE 12012011 (4.10pm)
.
KJ kata, lawan debat dengan dia dah lah, DSAI tak layak berdebat dengan PM Najib. Ini dah kira bagus, lepas Nazri, dtg KJ, siapa pula lepas ni, Ibrahim Ali kata tak payah layan la.
.
PM Najib kata RM51 Billion, DSAI kata RM19 Billion, nak 'implement' Program 100 hari PR, jadi lagi bagus kalau diadakan "BAHAS KEBANGSAAN", masuk TV, gerenti orang tak tenggok cerita lain, dan lepas tu umumkan PRU13 kalau terbukti DSAI kelentong.
..
PM Najib dengan 1Malaysia dan Plan Transformasinya

MANAKALA ...

Pakatan Rakyat dengan janji 100 hari apabila mengambil alih Putrajaya.

Ketua Pembangkang DSAI ajak/cabar PM Najib "DEBATE", baguslah tu, perjelaskan kepada umum, kan senang rakyat buat andaian ... kata orang putih "FAIR and SQUARE", apa nak ditakutkan, kenalah buktikan keupayaan masing-masing. BETUL orang nampak, KELENTONG pun orang nampak. Alih-alih, Nazri kata bahas dengan dia dulu, nak jadi macam Shabery Chik ke?

Jadi apa juga sekalipun, yang kita ada tetap 1 undi. Bila PRU13 akan diadakan terpulanglah kepada PM Najib. Paling awal kata mereka Mac tahun ini, boleh ke 8hb Mac 2011, atau sama dengan DUN Sarawak paling lewat Jun atau Julai 2011.

Kalau sistem 2 Parti dapat terus berlaku maka mudahlah rakyat nak buat keputusan, kerana siapa yang boleh meyakinkan mereka, akan dipilih. Tetapi rasanya akan adalah pertandingan 3 ke 4 ke 9 penjuru ditempat tertentu, adakah itu amalan demokrasi atau saja nak kacau daun, itu pengundi kawasan tertentu kena pilih lah.

Kalau lepas PRU12 dulu semua pihak berusaha memperbaiki diri serta parti masing-masing kan senang, ini tidak, kacau sana kacau sini, lompat sana, lompat sini ... akhirnya kelam kabut. Ini belum lagi cukup tempoh dah nak cerita "SNAP ELECTION", takut takut nanti terkedu, masa tu baru padan muka.

Negara ini kita yang punya, kalau dibandingkan dengan Negara-negara lain, ramai yang sebenarnya dengki sakan dengan kita, tapi kita sedar ke dengan apa yang kita ada. Memanglah yang kena kebas pun banyak juga, itu antara berberapa perkara yang perlu terus ditangani dengan lebih efektif. Kalau salah dan terbukti, banyak JEL-JEL yang boleh menampung mereka ni. Syaratnya pastikan sistem awam yang berkesan, kerana ramai yang kurang meyakininya. Ingin diulangi bahawa sistem awam kita perlu tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang serta peraturan yang sedia ada.

Kalau orang BN salah tangkap, kalau orang PR salah tangkap, orang miskin tangkap, orang kaya pun tangkap juga. Kalau ada mereka dari kalangan kerabat di raja yang tidak mengikut Perlembagaan pun perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Adil biar adil keseluruhan, jangan pilih bulu. dengar cerita, Perlembagaan kita tu dah 600 kali diubah, kalau betul untuk kebaikan bagus, kalau rasa ada kekurangan ubahlah lagi, janji Malaysia lebih berjaya lebih harmoni.

Nak rakyat jadi lebih patriotik, biarlah saksama, jangan ingat awak patriotik, saya tidak kerana tidak sependapat dengan anda. Kalau saya tak sokong 1Malaysia tapi saya Cinta Alam Malaysia adakah saya tak PATRIOTIK ? Sama juga macam Zahid Hamidi kata mungkin mereka yang kurang berminat masuk ATM tu tak patriotik, ramai tu kalau guna statistik.

Oh ya, saya masih sokong kita bina Jambatan Bengkok (scenic bridge) di Selat Tebrau, agaknya ada harapan ke?

Tapi ... PNB jangan bina Menara 100 tingkat dengan duit RM5 Billion tu, bangunkan Kampung Baru lagi baik, mula kan Amanah Saham Kampung Baru (ASKB), nilai harta di Kampung Baru, 'convert' jadi saham.

Memang kita dalam dilema, nak pilih yang mana satu???

Monday, November 1, 2010

Adakah kita keadilan begini ???

Akhirnya, cerita tentang Hakim Pao yang berusaha menegakkan keadilan dapat dilengkapkan.

Perancangnya sebenarnya adalah anak Raja Chai (Chai Yu) dari Dinasti yang terdahulu. Peta lombong tersebut diberikan oleh datuknya yang pada waktu dulu adalah Maharaja yang di guling kan. Chai Yu merasakan lombong tersebut milik keluarganya dan ingin mengumpulkan emas dari lombong tersebut bagi membina kuasa tentera bagi mendapatkan balik tahta yang terlepas. Dia merasakan dia berhak.

Akhirnya dalam penyiasatan Halim Bao, serta perbicaraan yang dilakukan, Cjhai Yu didapati bersalah dan dihukum pancung. Dalam proses memancung mengunakan Pancung Kepala Naga, Raja Chai ayah Chai Yu telah datang ke Mahkamah membawa satu satu "perintah Maharaja" dimana boleh dilepaskan dari dihukum mati. Tapi Hakim Bao telah menolak kerana perintah tersebut hanya untuk Raja Chai dan bukan untuk anaknya. walaupun dipujuk dan Raja Chai sanggup melepaskan haknya, Hakim Bao terus bertegas untuk meneruskan pemancungan.

Akhir cerita, Chai Yu yang di tuduh perancang utama pembrontakkan dan juga menyebabkan ramai rakyat yang dipaksa melombong emas terbunuh di pancung.

Yang menarik dari siri ini, ialah keadilan dapat ditegakkan walaupun ...

1. Raja Chai dari kerabat di Raja,
2 Rakan rapat Hakim Pao.
3. Anak raja tidak terkecuali walaupun ada "perintah maharaja"
4. Pilih kasih dalam menjalankan tugas.

Apa juga, yang sebenarnya diutarakan adalah keadilan yang diharapkan oleh semua. Kita di Malaysia hari ini amnya sangat-sangat mengharapkan keadilan serta kejujuran. Undang-undang ditegakkan, kejujuran dalam menjalankan tugas, tak kira bangsa dan keturunan, miskin dan kaya, saudara atau orang biasa.

Walaupun pernah berjasa, kalau ada kesalahan yang dilakukan, maka layaklah dia menerima padahnya. Sekiranya KEADILAN dapat ditegakkan, rakyat akan merasa yakin. Sebagai rakyat yang bersyukur, yang baik kita terima dengan hati gembira, tetapi yang salah, tidak jujur dan yang paling utama menyalah gunakan kuasa perlu di tentang secara sah dengan mengunakan sistem kehakiman yang sempurna.

Oleh yang demikian, kita sangatlah berharap.

Sunday, October 24, 2010

Istana Keadilan = Keadilan cara "Justice Pao"

Sejak berberapa minggu ini saya berusaha untuk tidak ketinggalan menonton satu siri drama cina di TV2, RTM, iatu "Justice Pao" diantara jam 6.00 - 7.00pm. Bukan pun faham bahasanya, tak pasti pula, mandarin ke, cantonese ke atau hokkien ?

Tapi, jalan ceritanya menarik. Dah berberapa kali ada cerita dengan thema "Justice Pao" ni, tapi tak pernah pula minat nak tengok, tapi kali ini, seronok pula.

Jalan ceritanya mudah, tak berbeli-belit, ada sistem kehakiman pada zaman Maharaja Cina, dinasti mana tak la pula ingat, tapi keadilan ditegakkan dengan keupayaan Hakim Pao ini yang sangat telus dan jujur, disokong oleh penjawat awam yang berdedikasi serta sokongan padu Maharaja sendiri. Jadi secara tidak langsung, apabila ada aduan, ia akan di siasat dengan telus dan teratur serta berhati-hati bagi memastikan bahawa tidak ada fitnah, tidak ada pilih kasih dan sebagainya yang akan merosakkan keadilan yang sepatutnya.

Apabila tersabit kesalahan, maka "Hakim Pao" mempunyai menjatuhkan hukuman dan dijalankan terus, di penjara atau sekiranya dibolehkan, di Pancung. Ada pancung kepala anjing, kepala singa dan kepala naga. Agaknya ikut orang dan jenis kesalahannya.

Ada dua tiga kes yang telah selesai dan hukuman dijatuhkan. Isu yang sedang keudara sekarang, ialah cerita seorang Datuk Bandar yang terbabit dalam kes melombong dan mencuri emas negara. Datuk Bandar ini berjaya membunuh orang-orang yang tahu akan pembabitannya, maka hakim ini terpaksa mencari bukti yang dapat mensabitkan kesalahannya.

Apabila menonton siri ini, kita bertanya pada diri, adakah ini cereka seronok, atau ia boleh berlaku dalam kehidupan harian. Baik kes berprofil tinggi sekarang, atau apa juga kes yang sedang tertunggak.

Baru-baru ini, MACC dan AG ada berkata yang ada kes mereka gagal/kalah kerana perkara teknikal. Bagaimana ini terjadi, ambil mudah atau tidak berupaya atau sengaja tak cukup bukti? Kita sangat mengharapkan agar keadilan di tegakkan.

Adakah hari ini, dengan satu bangunan yang canggih di Putrajaya "Palace of Justice" dan semua mahkamah yang ada mengikut kategorinya, dapat melaksanakan keadilan yang sewajarnya.

Kita sangat-sangat berharap.