Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Orang sarawak masih nakkan Taib ...

Sarawak PRN 16hb April 2011.

BN berjaya menggekalkan tadbir negeri dengan 55 DUN masih mahu TS Taib, sebagai Ketua Menteri Sarawak, walaupun TKM George Chan gagal mempertahankan kerusi. Adakah, ugutan TS Taib kepada masyarakat Cina akan diteruskan? Ialah, jawatan Timbalan KM akan di tarik balik dari diwakili oleh SUPP.

Kira ok lah, agaknya PRU 13 dah lebih dekat kot?

Wednesday, January 12, 2011

Yang mana satu ????

**** UPDATE TERKINI yang dah lama

PM Najib kata, kalau berdebat nanti ada yang DEMAM, DSAI kata kalau DEMAM dia maka Panadol, kira ok la PM, kita orang nak tenggok DSAI Demam, bila tarikhnya. Ini peluang keemasan ni




*** UPDATE 12012011 (4.10pm)
.
KJ kata, lawan debat dengan dia dah lah, DSAI tak layak berdebat dengan PM Najib. Ini dah kira bagus, lepas Nazri, dtg KJ, siapa pula lepas ni, Ibrahim Ali kata tak payah layan la.
.
PM Najib kata RM51 Billion, DSAI kata RM19 Billion, nak 'implement' Program 100 hari PR, jadi lagi bagus kalau diadakan "BAHAS KEBANGSAAN", masuk TV, gerenti orang tak tenggok cerita lain, dan lepas tu umumkan PRU13 kalau terbukti DSAI kelentong.
..
PM Najib dengan 1Malaysia dan Plan Transformasinya

MANAKALA ...

Pakatan Rakyat dengan janji 100 hari apabila mengambil alih Putrajaya.

Ketua Pembangkang DSAI ajak/cabar PM Najib "DEBATE", baguslah tu, perjelaskan kepada umum, kan senang rakyat buat andaian ... kata orang putih "FAIR and SQUARE", apa nak ditakutkan, kenalah buktikan keupayaan masing-masing. BETUL orang nampak, KELENTONG pun orang nampak. Alih-alih, Nazri kata bahas dengan dia dulu, nak jadi macam Shabery Chik ke?

Jadi apa juga sekalipun, yang kita ada tetap 1 undi. Bila PRU13 akan diadakan terpulanglah kepada PM Najib. Paling awal kata mereka Mac tahun ini, boleh ke 8hb Mac 2011, atau sama dengan DUN Sarawak paling lewat Jun atau Julai 2011.

Kalau sistem 2 Parti dapat terus berlaku maka mudahlah rakyat nak buat keputusan, kerana siapa yang boleh meyakinkan mereka, akan dipilih. Tetapi rasanya akan adalah pertandingan 3 ke 4 ke 9 penjuru ditempat tertentu, adakah itu amalan demokrasi atau saja nak kacau daun, itu pengundi kawasan tertentu kena pilih lah.

Kalau lepas PRU12 dulu semua pihak berusaha memperbaiki diri serta parti masing-masing kan senang, ini tidak, kacau sana kacau sini, lompat sana, lompat sini ... akhirnya kelam kabut. Ini belum lagi cukup tempoh dah nak cerita "SNAP ELECTION", takut takut nanti terkedu, masa tu baru padan muka.

Negara ini kita yang punya, kalau dibandingkan dengan Negara-negara lain, ramai yang sebenarnya dengki sakan dengan kita, tapi kita sedar ke dengan apa yang kita ada. Memanglah yang kena kebas pun banyak juga, itu antara berberapa perkara yang perlu terus ditangani dengan lebih efektif. Kalau salah dan terbukti, banyak JEL-JEL yang boleh menampung mereka ni. Syaratnya pastikan sistem awam yang berkesan, kerana ramai yang kurang meyakininya. Ingin diulangi bahawa sistem awam kita perlu tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang serta peraturan yang sedia ada.

Kalau orang BN salah tangkap, kalau orang PR salah tangkap, orang miskin tangkap, orang kaya pun tangkap juga. Kalau ada mereka dari kalangan kerabat di raja yang tidak mengikut Perlembagaan pun perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Adil biar adil keseluruhan, jangan pilih bulu. dengar cerita, Perlembagaan kita tu dah 600 kali diubah, kalau betul untuk kebaikan bagus, kalau rasa ada kekurangan ubahlah lagi, janji Malaysia lebih berjaya lebih harmoni.

Nak rakyat jadi lebih patriotik, biarlah saksama, jangan ingat awak patriotik, saya tidak kerana tidak sependapat dengan anda. Kalau saya tak sokong 1Malaysia tapi saya Cinta Alam Malaysia adakah saya tak PATRIOTIK ? Sama juga macam Zahid Hamidi kata mungkin mereka yang kurang berminat masuk ATM tu tak patriotik, ramai tu kalau guna statistik.

Oh ya, saya masih sokong kita bina Jambatan Bengkok (scenic bridge) di Selat Tebrau, agaknya ada harapan ke?

Tapi ... PNB jangan bina Menara 100 tingkat dengan duit RM5 Billion tu, bangunkan Kampung Baru lagi baik, mula kan Amanah Saham Kampung Baru (ASKB), nilai harta di Kampung Baru, 'convert' jadi saham.

Memang kita dalam dilema, nak pilih yang mana satu???

Thursday, May 6, 2010

Countdown ... UK Election

Hari ni, tinggal 1039 hari sebelum PRU13.

Tapi, arah ke 10 Downing Street telah bermula, tolak campur adalah 24 jam lagi. Maka Gordon Brown dari Parti Buruh yang sekarang ni PM ada peluang ke nak balik sana? Nasib dia la, kalau pulang hanya untuk kemas beg aje. Agaknya kalau di UK sana, sekiranya tukar kerajaan seperti biasa berlaku ada tak kecoh-kecoh macam kat sini. Kepong sana, kepong sini, ... ceritanya kata ada dokumen hilang kena shred, kena buang/bakar.

Procedure tukar kerajaan lancar macam mana ye?? Saya teringat ada satu cerita "The West Wing", proses tukar Presiden Amerika sunggoh unik dan teratur. Tak tahu la, kot-kot hanya dari Hollywood, tapi kalau cara itu sebenarnya memang sungguh menarik. Nanti kalau ada masa, nak buat research sikit, cara-cara peralihan kuasa.

Bukannya apa ...

Saya rasa kita kat Malaysia ni, tak dapat membezakan yang mana satu penting, sebab tu la Blog ini mengarah kepada Cinta Alam Malaysia, negara tercinta ini kita utamakan, tak kira siapa, asal Malaysia First (http://malaysiafirst.blogspot.com). Kita boleh belajar dari sesiapa, tapi kita kena ingat inilah tanah tumpah darah kita, dan bagi yang telah mendapat kerakyatan mereka, utamakan negara ini. Bak kata perpatah lama "Dimana bumi dipijak di situ langit di junjung". Lagi satu "Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".

Jadi pilihanraya itu satu proses aje, selesai proses itu, ikut amalan tertentu, kemajuan negara kita utamakan, jalankan tanggung jawab masing-masing. Tidak ada siapa sebagai individu lebih berhak dari individu yang lain, atau satu organisasi lebih berhak dari organisasi yang lain.

Kita ni ikut sistem British, ada Raja Berpelembagaan. Ada Dewan Rakyat dan ada Dewan Negara. Kalau ikutkan, sistem kita ni sedia dengan "Seperation of Power", ada pembuat dasar (legislative), ada kerajaan (Executive) dan ada Kehakiman (judiciary).

Kerajaan yang terbentuk dengan majoriti di parlimen pula disokong oleh penjawat awam. Disni saya suka menekankan mereka ini penjawat awam (civil servant/publicservice) bukannya government servant. Sorry la ... yang tak setuju tu, kita tak nak gaduh ... okay.

Saya teringat ada satu siri menarik di TV dulu, Yes Minister, ia sangat 'reflective' kepada apa yang ingin sampaikan.

Bab seterusnya, sambung lain kali la ada banyak masa, kalau tak ada 'snap election', masih lagi 1039 hari. Saya nak cadangkan satu sistem yang mana bila Parlimen dan DUN dibubarkan, kerajaan sementara yang diketuai oleh satu Suruhanjaya yang dianggotai oleh "...... siapa2 yang diterima sebagai adil oleh semua pihak".

eemmm ... Siapa dapat Jaguar PM Britain, Brown, Cameron atau Clegg? Kita tunggu ...

Tuesday, May 4, 2010

1041 Hari Lagi ... 222 kerja kosong

Bersambung dari, isu semalam saya nak cerita pasal PELAJARAN atau PENDIDIKAN. Bukan apa, nama ni jadi mainan oleh ramai sampai nama kementerian pun tukar berberapa kali, tapi isu pokoknya tak kemana juga, pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Siapa yang boleh menafinya kepentingan pendidikan?

Dalam ertikata lain mencari Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda "mencari Ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam". Maknanya ... hanya melalui ilmu sahaja sesorang itu dapat menilai dan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Ini diarahkan kepada perkara yang boleh membawa kepada kebaikan dan manafaat kepada diri dan keluarganya dan orang lain.

Cerita di Malaysia, 2 tahun Pra Sekolah( rasanya tak wajib, tapi kalau anak-anak tak pergi, masuk darjah satu cikgu tak peka, makin ketinggalan anak itu).

Mula 6 tahun Sekolah Rendah (SK), 5 tahun Sekolah Menengah (SMK), 2 tahun Sekolah Tinggi (Tingkatan 6) atau 1 Tahun Matrikulasi/Asasi atau 3 tahun Diploma atau 4 tahun Degree. Ada pendidikan swasta dan ada pendidikan awam. Tapi majoriti nya pendidikan awam. Yang mampu atau banyak duit dan kurang yakin dengan pendidikan di Malaysia, hantar anak-anak mereka ke Luar Negara.

Jadi kalau kita conggak sebelum se seorang itu, memasuki alam pekerjaan, dia akan melalui 18 ke 20 tahun pembelajaran di Malaysia. Sekarang ini, Pendidikan Awam dibawah dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan/Pelajaran (saya dah confuse, sebab tu tulis dua dua sekali) dibawah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Kementerian Pengajian Tinggi oleh Dato Seri Khalid Nordin.

Sistem pembelajaran kita ni okay ke???

Saya rasa ok, hanya perlu kepada penambahbaikan yang berterusan.

Maksud saya bukan main tambah sana tambah sini dan tambah lagi, makin banyak yang hendak disogokkan sampaikan di SK punyalah banyak perkara saya "check" silibus anak saya nak tolong pun dah tak reti. Tapi yang "basic" atau "fundamental" tu tidak ditekankan. Dulu cerita tentang 3M - Membaca, Menulis, Mengira. Zaman dulu kita sekolah, writing dan spelling di persungguh, sekarang tulisan ... teruk la sangat.

Nanti ada lah yang kata ... mak bapak buat apa, semua nak harap kat guru aje. Kita kata asasnya pembelajaraan apa? Kita pasti ke yang sekarang ni 'foundation' pembelajaran di SK tu dah cukup untuk menyediakan anak-anak kita ke SMK. Saya berhak berkata kerana saya ada anak di SK (Darjah 1, 3 dan 5). Di SK anak saya, kami aktif dalam permuafakatan kelas dan PIBG. Dulu kita tak pergi tuition, sekarang kalau tak hantar tuition, "mungkin" tak cukup. Ramai juga yang tak hantar tuition, oleh sebab-sebab tertentu diantaranya, tempat, logistik, kos dsb.

Persoalannya, adakah pengajaran disekolah tidak mencukupi sehingga ibubapa tiada pilihan sehingga terpaksa hantar ke tuition.

Tapi ada juga ibu bapa kronik kerana hantar tuition sampai dua tiga tempat, lepas tu Kumon la dan entah apa lagi.

Seperkara lagi, selain dari akademik ialah kokorikulum. Ini termasuk yang wajib dan selainnya. Tahun depan akan dikuatkuasakan setiap murid satu sukan. Sepatutnya la, kalau tidak anak-anak kita ni boring juga asyik kena belajar aje. Kalau di sebabkan oleh program ini nanti kita boleh dapat pingat emas dalam olimpik bagus juga. Ni tak lama lagi, Piala Thomas/Pia Uber nak mula kat KL lagi, tak ada ke program ajak murid murid pergi tengok kat Bukit Jalil, nampak promosi macam tak ada langsong. Tak kira la siapa main, kalau Team Malaysia yang main kita sokong kuat, kalau team lain kita enjoy permainan yang hebat. Baru lah dapat semangat lebih. dah berapa tahun Piala Thomas tak tinggal kat Malaysia, 1992 last sekali kan. Pia Uber kita pernah menang ke?

Sukan lain, ni kita kena tengok keupayaan la, ada tu setakat seronok aje boleh la, nak maju tu banyak yang perlu dilakukan.

Balik kepada cerita pembelajaran. Saya hendakkan kerajaan yang memerintah memastikan pembelajaran di Malaysia tidak di politikkan. Kita perlu kepada Suruhajaya Kawalselia yang bebas dari politik. Maknanya mudah, setiap kumpulan berhak untuk sama-sama menjayakan masa depan anak-anak kita, generasi penerus kita. Peluang samarata yang mengalakkan "competition", kita perlukan anak-anak ini dapat pergi sejauh mungkin.

Kita tahu tak semuanya sama, tapi kita perlu sokong yang kurang berkemampuan dengan cara tersendiri, manakala yang berdaya saing disokong untuk lebih kedepan hingga keperingkat antarabangsa. Saya ingat akan Yayasan Selangor dengan program Asrama Doktor Latif (ADL) dan kemudian Asrama Tun Doktor Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) dan di kelang Asrama Yayasan Selangor. Oleh kerana pembangunan, ADL dah tak ada lagi. Uniknya program ini ialah, anak-anak yang keputusan penilaian darjah 5 dan sekarang UPSR pertengahan, dapat masuk sekolah terkemuka kalau KL tu dulu Victoria Institution (VI) dan St Johns Institution (SJI), yang permpuan tu ... tak pasti la saya.

Satu lagi yang saya ingat Asrama Inderapura di Kuantan, anak-anak yang dapat Gred 3, MCE masa tu diberi peluang untuk ambil balik atau duduki HSE. Sekarang dah tak da lagi, dah jadi pejabat kat kubang buaya kuantan tu.

Ramai yang berjaya dan seterusnya atas sokongan serta dedikasi pihak yang diberi amanah, mereka mendapat tempat dalam dalam masyarakat.

Kita kena terima, suka dengan tidak proses memberi ruang dan peluang ini perlu berterusan, dan ada yang dapat melangkah lebih jauh secara sendiri, motivasi diri kuat, sokongan keluarga, semangat dan kewangan ada, tetapi yang perlu bantuan tu ramai.

Suruhanjaya Kawaselia pendidikan Negara (SKPN) ini mesti telus kerana akhirnya anak Malaysia yang keluar dari sistem pendidikan negara adalah anak-anak yang berkualiti tinggi, mampu membantu diri dan keluarga, dan akhirnya tempias bagi negara untuk lebih maju dan bersaing dengan sesiapa sahaja didunia. Kalau kita kata Nobel Prize, kita ada, kalau kata Doktor Pakar kita ramai, Jurutera, dan semuanya. Kita tak nak rhetorik politik, kita nak 'substance'.

Sebenarnya ramai yang dah berjaya kalau kita tengok 50 tahun sejak Merdeka, tapi rasanya ramai lagi yang sepatutnya berjaya. Walau apa sekali pun yang penting kita tidak ada pilihan tetapi perlu kearah kejayaan yang lebih cemerlang lagi

Seterusnya ... bab pelajaran/pendidikan ni ialah, bila agaknya IPTA/IPTS setanding Harvard, Oxford, Cambridge dan banyak lagi Universiti terkemuka dunia.

Niche market kita apa?

...bersambung





Monday, May 3, 2010

1042 hari lagi ... Apa yang kita hendak ???

Fikir punya fikir apa yang kita hendak? Banyak ... banyak sekali.

Boleh ke dapat, kata orang kalau tak minta mana boleh dapat? Jadi saya rasa kita kena minta la, kalau dapat okay, kalau tidak tak rugi apa? Kalau orang Sibu sekarang ni senang sikit, kerana ada sebab pemintaan mereka boleh jadi kenyataan, PM pun dah ada kat sana, senang nak bantu mana yang kurang atau terlepas pandang oleh MP yang baru saja meninggal kan alam ini dan sementara menunggu MP baru dipilih. Orang Hulu Selangor kira okay la, dah selesai, dan dah balik aman tenteram dah.

Di Malaysia ada 222 kawasan Parlimen. kalau conggak mudah, sebelum 8hb Mac 2013, kena ada PRU yang ke13. Makna nya akan ada lah 222 kerja kosong untuk Parlimen. Selain dari Sarawak yang akan mengadakan Pilihanraya Negeri paling lewat tahun depan, 12 Negeri dan 1 Wilayah Persekutuan juga akan ada banyak kekosongan yang sangat ketara. Jadi selain dari ADUN dan MP, juga akan ada banyak lagi jawatan awam yang akan kosong, PM, TPM, Menteri Timbalan Menteri, MB, EXCO dan jangan lupa Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Tak lama ada 1042 hari aje lagi, kita buat "COUNTDOWN" okay.

Barisan Nasional memerintah Malaysia sebagai Kerajaan Persekutuan dan 9 Negeri, manakala Pakatan Rakyat memerintah 4 Negeri. Jadi apa juga yang terjadi diantara hari ini hingga ke hari pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kita kenalah bersedia, baik yang terpilih sekarang, kot kot nak dicalunkan lagi, dan kita sebagai "BOSS" mereka, barulah betulkan, kerja tak sampai 5 tahun sekali, melainkan berberapa oorang yang kena kerja dua kali dalam PRK yang dah selesai atau yang akan berlangsung di Sibu pada 16hb Mei 2010 nanti.

Di United Kingdom, Parti Buruh pimpinan Gordon Brown ikut cerita akan kalah dan kemungkinan besar tidak ada majoriti mutlak, kena kerjasama atau yang menang kena jadi kerajaan minoriti. Susah lah nak buat dasar, tapi kalau baik untuk UK, sepatutnya Ahli Parlimen kena fikirkan Negara lah dulu, sebelum fikir pasal parti. Tak ke haru kalau tak dapat sokongan, kena tinggalkan 10 Downing Street lah PM Brown. Kalau tak silap hari khamis ni, maka adalah 3 hari lagi.

Kat Perak, MB Zam beri bantuan kepada MCA (dalam Berita Harian hari ini, RM50,000 tahun ni dan RM100,000 tahun depan), kenapa kat MCA bukan kat semua ADUN ya. Di Dewan Negara 4 orang dapat jadi Senator, Palanivel yang telah berkorban untuk Samy dan Ezam yang telah kembali kepada UMNO, yang dua lagi tu tak berapa kenal. Apa kerja Senator ya???

Sekarang kita balik kepada soalan asal ... Apa yang kita hendak???

Saya nak banyak, banyak sekali, sampai tak dapat nak tulis lagi...

Tapi ... secara keseluruhannya saya nak satu negara yang aman damai dengan keadilan yang saksama dimana setiap rakyat mempunyai peluang untuk berjaya dan dibantu apabila perlu. Kalau Perlembagaan yang sedia ada ni dapat menjamin kesejahteraan kita, ia perlu dipertahankan sepenuhnya, kalau ada perkara atau fasal yang boleh diperbaiki, kita usahakan. Dari situ pembuat dasar yang kita pilih nanti kena fahamlah tanggung jawab mereka masa kat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. tapi semua dah baca dan tahu ke pasal Perlembagaan Malaysia. Kalau belum baik baca, nanti tanyalah mereka yang nak jadi wakil tu, mereka dah baca dan faham ke belum.

Kepada pimpinan BN dan PR, saya nak rancangan yang kuat, orang yang berkaliber, tak payah lah 'politik' dan 'rhetorik', buat yang baik untuk kami rakyat, yang lain tu secara otomatik akan jatuh pada tempatnya, termasuk lah pangkah tu nanti. Biar lah orang tu "BERSIH", muda ke tua tak pe, cina ke india ke melayu ke, orang asal ke, janji mereka tu ... "BERSIH". Kalau polisi baik, orang "BERSIH" maka yang lain tu mudah.

Dah baik, "BERSIH", ada pula sistem "ENFORCEMENT" yang telus dan tak pilih bulu. Yang betul dibetulkan yang salah disalahkan. Lepas tu kira okay la.

Ini kira secara keseluruhan la, nanti saya nak sentuh pasal "PELAJARAN".

bersambung ...