Tuesday, May 4, 2010

1041 Hari Lagi ... 222 kerja kosong

Bersambung dari, isu semalam saya nak cerita pasal PELAJARAN atau PENDIDIKAN. Bukan apa, nama ni jadi mainan oleh ramai sampai nama kementerian pun tukar berberapa kali, tapi isu pokoknya tak kemana juga, pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Siapa yang boleh menafinya kepentingan pendidikan?

Dalam ertikata lain mencari Ilmu. Nabi Muhammad SAW bersabda "mencari Ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam". Maknanya ... hanya melalui ilmu sahaja sesorang itu dapat menilai dan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Ini diarahkan kepada perkara yang boleh membawa kepada kebaikan dan manafaat kepada diri dan keluarganya dan orang lain.

Cerita di Malaysia, 2 tahun Pra Sekolah( rasanya tak wajib, tapi kalau anak-anak tak pergi, masuk darjah satu cikgu tak peka, makin ketinggalan anak itu).

Mula 6 tahun Sekolah Rendah (SK), 5 tahun Sekolah Menengah (SMK), 2 tahun Sekolah Tinggi (Tingkatan 6) atau 1 Tahun Matrikulasi/Asasi atau 3 tahun Diploma atau 4 tahun Degree. Ada pendidikan swasta dan ada pendidikan awam. Tapi majoriti nya pendidikan awam. Yang mampu atau banyak duit dan kurang yakin dengan pendidikan di Malaysia, hantar anak-anak mereka ke Luar Negara.

Jadi kalau kita conggak sebelum se seorang itu, memasuki alam pekerjaan, dia akan melalui 18 ke 20 tahun pembelajaran di Malaysia. Sekarang ini, Pendidikan Awam dibawah dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan/Pelajaran (saya dah confuse, sebab tu tulis dua dua sekali) dibawah Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Kementerian Pengajian Tinggi oleh Dato Seri Khalid Nordin.

Sistem pembelajaran kita ni okay ke???

Saya rasa ok, hanya perlu kepada penambahbaikan yang berterusan.

Maksud saya bukan main tambah sana tambah sini dan tambah lagi, makin banyak yang hendak disogokkan sampaikan di SK punyalah banyak perkara saya "check" silibus anak saya nak tolong pun dah tak reti. Tapi yang "basic" atau "fundamental" tu tidak ditekankan. Dulu cerita tentang 3M - Membaca, Menulis, Mengira. Zaman dulu kita sekolah, writing dan spelling di persungguh, sekarang tulisan ... teruk la sangat.

Nanti ada lah yang kata ... mak bapak buat apa, semua nak harap kat guru aje. Kita kata asasnya pembelajaraan apa? Kita pasti ke yang sekarang ni 'foundation' pembelajaran di SK tu dah cukup untuk menyediakan anak-anak kita ke SMK. Saya berhak berkata kerana saya ada anak di SK (Darjah 1, 3 dan 5). Di SK anak saya, kami aktif dalam permuafakatan kelas dan PIBG. Dulu kita tak pergi tuition, sekarang kalau tak hantar tuition, "mungkin" tak cukup. Ramai juga yang tak hantar tuition, oleh sebab-sebab tertentu diantaranya, tempat, logistik, kos dsb.

Persoalannya, adakah pengajaran disekolah tidak mencukupi sehingga ibubapa tiada pilihan sehingga terpaksa hantar ke tuition.

Tapi ada juga ibu bapa kronik kerana hantar tuition sampai dua tiga tempat, lepas tu Kumon la dan entah apa lagi.

Seperkara lagi, selain dari akademik ialah kokorikulum. Ini termasuk yang wajib dan selainnya. Tahun depan akan dikuatkuasakan setiap murid satu sukan. Sepatutnya la, kalau tidak anak-anak kita ni boring juga asyik kena belajar aje. Kalau di sebabkan oleh program ini nanti kita boleh dapat pingat emas dalam olimpik bagus juga. Ni tak lama lagi, Piala Thomas/Pia Uber nak mula kat KL lagi, tak ada ke program ajak murid murid pergi tengok kat Bukit Jalil, nampak promosi macam tak ada langsong. Tak kira la siapa main, kalau Team Malaysia yang main kita sokong kuat, kalau team lain kita enjoy permainan yang hebat. Baru lah dapat semangat lebih. dah berapa tahun Piala Thomas tak tinggal kat Malaysia, 1992 last sekali kan. Pia Uber kita pernah menang ke?

Sukan lain, ni kita kena tengok keupayaan la, ada tu setakat seronok aje boleh la, nak maju tu banyak yang perlu dilakukan.

Balik kepada cerita pembelajaran. Saya hendakkan kerajaan yang memerintah memastikan pembelajaran di Malaysia tidak di politikkan. Kita perlu kepada Suruhajaya Kawalselia yang bebas dari politik. Maknanya mudah, setiap kumpulan berhak untuk sama-sama menjayakan masa depan anak-anak kita, generasi penerus kita. Peluang samarata yang mengalakkan "competition", kita perlukan anak-anak ini dapat pergi sejauh mungkin.

Kita tahu tak semuanya sama, tapi kita perlu sokong yang kurang berkemampuan dengan cara tersendiri, manakala yang berdaya saing disokong untuk lebih kedepan hingga keperingkat antarabangsa. Saya ingat akan Yayasan Selangor dengan program Asrama Doktor Latif (ADL) dan kemudian Asrama Tun Doktor Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) dan di kelang Asrama Yayasan Selangor. Oleh kerana pembangunan, ADL dah tak ada lagi. Uniknya program ini ialah, anak-anak yang keputusan penilaian darjah 5 dan sekarang UPSR pertengahan, dapat masuk sekolah terkemuka kalau KL tu dulu Victoria Institution (VI) dan St Johns Institution (SJI), yang permpuan tu ... tak pasti la saya.

Satu lagi yang saya ingat Asrama Inderapura di Kuantan, anak-anak yang dapat Gred 3, MCE masa tu diberi peluang untuk ambil balik atau duduki HSE. Sekarang dah tak da lagi, dah jadi pejabat kat kubang buaya kuantan tu.

Ramai yang berjaya dan seterusnya atas sokongan serta dedikasi pihak yang diberi amanah, mereka mendapat tempat dalam dalam masyarakat.

Kita kena terima, suka dengan tidak proses memberi ruang dan peluang ini perlu berterusan, dan ada yang dapat melangkah lebih jauh secara sendiri, motivasi diri kuat, sokongan keluarga, semangat dan kewangan ada, tetapi yang perlu bantuan tu ramai.

Suruhanjaya Kawaselia pendidikan Negara (SKPN) ini mesti telus kerana akhirnya anak Malaysia yang keluar dari sistem pendidikan negara adalah anak-anak yang berkualiti tinggi, mampu membantu diri dan keluarga, dan akhirnya tempias bagi negara untuk lebih maju dan bersaing dengan sesiapa sahaja didunia. Kalau kita kata Nobel Prize, kita ada, kalau kata Doktor Pakar kita ramai, Jurutera, dan semuanya. Kita tak nak rhetorik politik, kita nak 'substance'.

Sebenarnya ramai yang dah berjaya kalau kita tengok 50 tahun sejak Merdeka, tapi rasanya ramai lagi yang sepatutnya berjaya. Walau apa sekali pun yang penting kita tidak ada pilihan tetapi perlu kearah kejayaan yang lebih cemerlang lagi

Seterusnya ... bab pelajaran/pendidikan ni ialah, bila agaknya IPTA/IPTS setanding Harvard, Oxford, Cambridge dan banyak lagi Universiti terkemuka dunia.

Niche market kita apa?

...bersambung





No comments: