Friday, July 30, 2010

FD! & Last point tentang FAM dan Bolasepak.

FDI Malaysia menjunam teruk, tapi kata menteri, walaupun FDI jiran-jiran kita lebih baik dari kita, kita sebenarnya tak berminat FDI tersebut. Kira "terror" lah kita, kita pilih yang kita hendak aje, yang kita "reject" baru pergi kat mereka.

Harap-harap, Pak Menteri boleh kenalpasti, yang jenis macam mana yang sedang beratur nak melabur di Malaysia sekarang.

+++

Tahniah Malaysia kerana menang kalahkan Korea Selatan.

Nampak gayanya masih ramai yang sayang dengan Presiden FAM, kerana akhirnya beliau berjaya mempertahankan jawatan tersebut tanpa dicabar. Siap ada satu iklan dari FA Terengganu mengucapkan tahniah. dapat Datuk Pahang lah pengiklan tu ... kalau belum dapat lagi lah. Tapi ... ya lah, di Malaysia ni siapalah yang berani nak cabarkan? Lagi NASIB BAIK, salah satu Timbalan Presiden DARI KELUARGA yang sama, senang nak bincang masa sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Agaknya arah manalah kejayaan bolasepak negara. Kalau berjayalah Rajagopal dengan anak buahnya, maka berjayalah pengurusan FAM, tetapi sekiranya gagal, Rajagopal kena cari kerja lain. Dah cukuplah tentang bolasepak Malaysia.

Hammam Presiden AFC kata dia akan sokong Qatar untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 melainkan mereka tarik diri. Lepas tu barulah dia akan sokong antara yang lain seperti Korea Selatan, Jepun atau Negara Asia SESAT, Australia.

Power kuasa dia ni ... ye, dulu Presiden FAM juga Presiden AFC.

++++

Baru aje menghadiri satu Seminar dan bengkel mengenai peluang pelancongan, nak cuba berjinak-jinak dalam industri ini memandangkan Negara sememangnya mempunyai berberapa potensi yang belum di promosikan.

Rasanya Tourism Malaysia dah buat kerja kuat ke???

Friday, July 16, 2010

Apa cerita FAM ???

Azraii Khor kata dia tak hantar surat letak jawatan!

Apa agaknya yang sedang difikirkan oleh FAM ya?? Bila lagi mereka semua tu nak letak jawatan. Cakap berdegar degar, semua tak bagus, sejak zaman berzaman, bolasepak kita merudum, tak kan tak faham faham lagi.

Dah lah tu ... tapi hanya untuk rekod :-

Juara Bola Sepak Dunia : USD 30 juta (RM100,000,000.00)
Naib Juara : USD 24 juta.
Separuh Akhir : USD20 juta.
Suku Akhir : USD18 juta.
Pusingan kedua : USD 9 juta.
Peringkat Kumpulan : USD 8 juta. (RM 24,000,000.00)

Selagi kita tak "revamp" FAM, selagi itu lah Malaysia akan gigit jari. Saya ni bukan lah minat sangat kat bola, tapi sedih sangat bila teringat masa dulu, terutama Pestabola Merdeka, fuh ... seronok sokong Malaysia ... tapi kat TV aje. Masa tu, Korea Selatan pun kita kalahkan, Jepun, Kuwait ... semua seangkatan dengan kita. Dalam TV asyik cerita lama pasal James Wong jaringkan goal yang bawa kita ke Olimpik.

Malaysia Cup pun sama ... lebih lebih lagi masa Selangor belasah Singapore.

Oh ya, Azzuddin(Setiausaha Agong FAM) kata Korea selatan nak datang Malaysia, dah lama tak datang, tapi tak ada seorang pun pemain dari kelompok yang main masa Piala Dunia 2010, tapi masih yang bagus-bagus. FA Korea pun kesian kat Malaysia kot, nanti kena belasah teruk malu pula tuan rumah.

Tapi itu dulu ....

Sekarang ni, dik sebabkan anak saya minat sangat kat bola, kena ambil tahu juga, siap belikan jersi Team Malaysia lagi. Tapi hairan juga ya ... kat baju tu hanya ada logo FAM, tapi bendera Malaysia tak ada pun. Jadi kalau kalah pun yang kalah FAM lah kot, Malaysia tak.

Balik kat Piala Dunia FIFA. Punya lah seronok Sepanyol ...

Agaknya kalau yang menang tu Malaysia cam mana ya ... angan-angan Cinta Alam Malaysia ... Kot

Wednesday, July 14, 2010

USD 30,000,000.00 da....

FIFA World Cup 2010


Sepanyol dapat jadi johan FIFA World Cup 2010, dengan kemenangan 1.0 menggalahkan Belanda di Afrika Selatan. Sebagai juara, hadiahnya adalah lebih kurang RM100,000,000.00 (kalau betul la kosong-kosong tu). Belanda dapat USD 24 juta. Kira ok lah, siap kungfu kick lagi, main tak sampai 2 jam masa final. Kedua dua pasukan main 7 perlawanan semasa di Afrika Selatan, tak termasuk perlawanan lain semasa round-round terdahulu. Pasukan yang dapat pergi ke Afrika Selatan pun dapat ganjaran juga.

Kalau FAM kira-kira 'bodoh' lah, Harimau Malaya boleh jadi masuk final dan 'investment' berbaloi tak?

Tapi maaf cakap lah, SEMUA kat FAM tu kena turun lah, dah tak ada idea atau saja nak terus panas kan kerusi. Kasi peluang lah kat orang baru, Tengku kat Pahang yang dah resign tu tak payah lah nak offer diri balik, kasi peluang orang lain. Kalau ada idea pun support 'management' baru.

Belum apa-apa, Rajagopal kena jaga semua, yang pengurusan Harimau Muda A yang kena kenapa pula??

Kalau 2014, tak boleh, 2018, kalau tak boleh 2022 ... tapi mesti orang baru ...