Tak kiralah dah berapa lama, yang penting dan utama ialah agar badan ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan tidak "kenal bulu". Menjaga ketenteraman awam dengan penuh rasa ikhlas, membenarkan apa yang betul, dan memastikan hanya mereka yang betul-betul bersalah dibawa kemuka keadilan.
Ya ... di bawa ke muka keadilan, bukan menjadi hakim.
Kita biarkan mereka yang dipertanggungjawabkan perkara keadilan menjalankan tugasnya.
Secara umumnya, masyarakat umum menghargai setiap usaha dan komitmen PDRM, tetapi oleh kerana berberapa kumpulan minoriti yang gagal memahami tanggungjawab ini, maka nama baik PDRM telah terpalit. Bak kata pepatah melayu, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
Ramai yang mungkin ambil mudah tugas anggota keselamatan kita ini, tapi lebih ramai yang menghargainya sekiranya mereka pernah mendapat bantuan dari PDRM. Sebaliknya, ada juga yang terpaksa menghadapi segelintir anggota yang mencemarkan nama baik PDRM.
Sempena hari ini, kita mengharapkan agar Tan Sri IGP memastikan agar nama baik serta kerja murni pasukan ini terbukti untuk keadilan umum dan akhirnya rakyat akan merasa yakin bahawa mereka ada pelindung yang jujur dan ikhlas.
Dan ...
Penjenayah, mereka yang melakukan kesalahan secara sengaja, perasuah mereka yang mengambil bukan dari hak nya, dan sesiapa juga melakukan sesuatu dengan niat merosakkan orang lain akan merasa GERUN dan TAKUT.
Kalau boleh biar mereka sampai terkencing dalam seluar.
Orang banyak atau pemimpin, dalam kerajaan atau dari pihak pembangkang ... Tak kisah lah ...
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
***
Bila, pihak PDRM kuat dan telus, dibantu pula oleh SPRM yang teliti dan jujur, lepas tu pihak KEHAKIMAN pula ADIL, alangkah amannya hidup.