Dengar kata, esok sekolah-sekolah diseluruh Malaysia akan mula menyerahkan RM100.00 kepada setiap pelajar yang layak. Maka, kalau ikut perangkaan dari Kementerian Pelajaran, ada lebih kurang 5.3 juta pelajar, jadinya 530 juta ringgit akan diagih-agihkan lah.
Banyak tu ...
Tapi ... kenapa ya?
Dah kerajaan nak bagi duit, kita ambillah ... bagi yang bayar INCOME TAX, kira DISCOUNT lah RM100.00 tu, yang tak bayar tu, kira HADIAH la. Bolehlah beli, beg, baju, kasut dan sebagainya untuk tahun 2012 ni.
Tapi barang-barang tu makin mahal la ...