Friday, March 23, 2012

Naik "PUBLIC TRANSPORT"

Hari isnin (19hb Januari) yang lepas, anak mula practical kat KL. 

Maka untuk membantunya membiasakan diri dengan jalan maka temankan dia naik kereta ke tempat practical di Jalan Pahang. cadangnya nak mula 6.30pagi, tapi akhirnya bertolak 6.55. Federal Highway dah jem, masuk NKVE pun jem juga, sampai Jalan Duta jem juga, akhirnya sampai 8.10pagi. Cari parking semuanya penuh, yang ada kena jalan 20 minit. Maka hari pertama dahlah lambat. 

Untuk mengenal pasti cara balik kalau guna "PUBLIC TRANSPORT", maka tanya lah orang yang menunggu kat Bus Stop tu cara nak pergi Stesen Komuter yang terdekat. Dia cadangkan naik bus yang menujuk ke Pasar Seni, jalan sikit ke KL Station naik Komuter. Tapi sebenarnya, naik bus menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman, turun kat Sogo lagi senang. Memang betul pun, bus tak sampai 10 minit, jalan lebih kurang 10 minit, tunggu komuter 30 minit, pasal masa sampai tu terlepas komuter yang terdahulu, naik komuter lebih kurang 50 minit. Sampai Shah Alam, call anak ambil (kalau jalan 10 minit).

Kira okay lah juga, tapi bukan waktu puncak, tak lah ramai orang. satu perjalanan "Point to Point" (RM1.00 + RM2.80 = 3.80), maka lebih kurang 1 jam 30 minit. dapat naik komuter baru, ada TV lagi (masa tu cerita Get Smart versi baru), relax lah juga.

Nak pujuk anak naik "PUBLIC TRANSPORT" ni punya lah susah, kena buat research dulu, try dulu supaya nak jelaskan opsyen terbaik untuk dia. Dia bawa kereta kena kira "COST" (MINYAK, TOLL, PARKING & MAINTENANCE). Itu tak masuk bila sangkut jem lagi, nasib baik kereta otomatik.

Secara umumnya, sistem di Malaysia ni masih lagi kurang "PEOPLE FRIENDLY", maka masih ramai yang belum bersedia nak guna "PUBLIC TRANSPORT", kena pula cuaca yang tak menentu. Kita perlukan political will yang lebih untukl memastikan sistem terbaik dapat dilaksanakan. Pengalaman saya di Toronto, Ontario, Canada pada tahun 1980-1984, masih bermain dikepala kerana kemudahannya yang tersangat lah baik. Itu berapa tahun dulu ya ??? WOW ...32 TAHUN.

Agaknya Tan Sri SPAD tu dah kaji ke ? Berapa kali dia naik Bus, Komuter, LRT dan sebagainya ya?

Balik pada anak saya tu, esok cukup seminggu, nak buat "post mortem" harga la, nak cuba pujuk cuba naik "PUBLIC TRANSPORT", dia setuju tak agak nya?