Monday, April 25, 2011

Datok ... siapa yang suruh sorok

Semalam Datuk Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara kata ;

"Polis tak sorok lagi"
'Sembunyi balik tiang tangkap pesalah trafik kaedah lapuk'


Memang dah lama dah kita tak setuju pun, kita mengharapkan agar PDRM dan seluruh anggotanya berada seberapa dekat dengan kita, kita tak takut ... TAPI ... penyanggak yang kecut perut.

Kita ni bukannya berani sangat nak buat salah (terutama bab lalu lintas lah) tetapi terkadang, dah seronok tekan minyak tak perasan dah lebih had laju, nasib baik tak ada mato-mato, rupanya sedang menyorok tengah longkang, balik pokok dan sebagainya.

Selain dari itu, kita nakkan anggota PDRM ni semua 'respect', bukan takut, bila respect semua akan memastikan kita ikut peraturan dan undang-undang. Kalau ada peraturan atau undang-undang yang mengarut tu, kita akan "highlightkan", dan kalau perlu diubah, kena ubahlah oleh pihak-pihak yang berwajib.

Kita nakkan, bila ada aduan, cepat siasat, jangan cepat cakap atau komen yang buat orang marah, kata aje "Pihak PDRM sedang siasat, dan kita akan terangkan dalam masa ..." . Jangan terlalu lama, kalau lama update rakyat, jadi tak ada rasa tak selesa.

Bila ada tuduhan pihak PDRM berat sebelah, kenalah buktikan dengan tindakan yang boleh meyakinkan. Semua rakyat mengharapkan tata-urus pentadbiran yang baik. Kakitangan Awam bertanggung jawab kepada rakyat menyeluruh, kerana bila mana pembuat dasar berubah, baik di Parlimen atau DUN, mereka masih tetap boleh bertugas seperti biasa.

Kalau sekarang ni, had laju maksima 110 kmj di lebuh raya, kata lah saya MP, salah seorang pembuat dasar, dan saya dapat yakinkan MP semua, kita perlu 220 kmj, kerana kereta semua dah canggih dan pemandu-pemandu kita dah setaraf dengan pemandu F1. Anggota PDRM dah tak payah susah-susah nak tahan dah.

Lagi satu, kes Samseng Jalanan (aka matrempit), bila agaknya kita dapat dengar yang perkara ini telah dapat dibenteras sepenuhnya. Tak kan lah kapcai dan budak sekolah tak habis belajar (ada juga yang belajar tinggi), boleh kalahkan Anggota PDRM yang pakai Motor yang berkuasa tinggi.

Saya pernah tulis dahulu, bila tangkap, masuk lokap, sita motor dan kalau bawah umur, tangkap dan masuk lokap ibu atau bapa atau kedua sekali.

Kalau tak serik tak tahu lah.

Dengar cerita, IGP dah keluar hospital, alhamdulillah, semoga cepat sembuh dan terus bertugas bagi kecemerlangan PDRM dan Negara.

Oh ya ... bila nak charge orang yang tunjukkan video lucah kat umum, itu dah kira salah tu, melain kan apa yang Pak Menteri Nazri Aziz cakap ... bukannya satu kesalahan.

Thursday, April 21, 2011

E mail ... 1 Malaysia (1MY)

After all the comments yesterday about it and RM50 Million, and a Public listed company, today PM najib says its

  1. Free and Voluntary
  2. 1mail initiatives is privately-funded

Now ... that means it will not cost the public (thats us) a sen, as this PLC would spearhead this project which includes developing a web portal as one-stop centre for government services, providing value-added services such as social networking, checking bills online and payments.

In another word, are we looking at this as an alternatives to yahoo, hotmail, gmail, google, facebook and all the others, but rather as a Malaysian initiatives ???

Actually there is one company or service, that is myeg, who owns it? can't it be expanded ???

However, Multimedia Development Corporation (MDeC) CEO, said that the government awarding of the project to Tricubes shows confidence in local ICT Companies.

Now ... awarding means what ??? Not a sen of our money ??? This is confusing !!!

Sunday, April 17, 2011

Orang sarawak masih nakkan Taib ...

Sarawak PRN 16hb April 2011.

BN berjaya menggekalkan tadbir negeri dengan 55 DUN masih mahu TS Taib, sebagai Ketua Menteri Sarawak, walaupun TKM George Chan gagal mempertahankan kerusi. Adakah, ugutan TS Taib kepada masyarakat Cina akan diteruskan? Ialah, jawatan Timbalan KM akan di tarik balik dari diwakili oleh SUPP.

Kira ok lah, agaknya PRU 13 dah lebih dekat kot?

Friday, March 25, 2011

Hari Polis

Tahniah Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tak kiralah dah berapa lama, yang penting dan utama ialah agar badan ini menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan tidak "kenal bulu". Menjaga ketenteraman awam dengan penuh rasa ikhlas, membenarkan apa yang betul, dan memastikan hanya mereka yang betul-betul bersalah dibawa kemuka keadilan.

Ya ... di bawa ke muka keadilan, bukan menjadi hakim.

Kita biarkan mereka yang dipertanggungjawabkan perkara keadilan menjalankan tugasnya.

Secara umumnya, masyarakat umum menghargai setiap usaha dan komitmen PDRM, tetapi oleh kerana berberapa kumpulan minoriti yang gagal memahami tanggungjawab ini, maka nama baik PDRM telah terpalit. Bak kata pepatah melayu, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Ramai yang mungkin ambil mudah tugas anggota keselamatan kita ini, tapi lebih ramai yang menghargainya sekiranya mereka pernah mendapat bantuan dari PDRM. Sebaliknya, ada juga yang terpaksa menghadapi segelintir anggota yang mencemarkan nama baik PDRM.

Sempena hari ini, kita mengharapkan agar Tan Sri IGP memastikan agar nama baik serta kerja murni pasukan ini terbukti untuk keadilan umum dan akhirnya rakyat akan merasa yakin bahawa mereka ada pelindung yang jujur dan ikhlas.

Dan ...

Penjenayah, mereka yang melakukan kesalahan secara sengaja, perasuah mereka yang mengambil bukan dari hak nya, dan sesiapa juga melakukan sesuatu dengan niat merosakkan orang lain akan merasa GERUN dan TAKUT.

Kalau boleh biar mereka sampai terkencing dalam seluar.

Orang banyak atau pemimpin, dalam kerajaan atau dari pihak pembangkang ... Tak kisah lah ...

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.


***
Bila, pihak PDRM kuat dan telus, dibantu pula oleh SPRM yang teliti dan jujur, lepas tu pihak KEHAKIMAN pula ADIL, alangkah amannya hidup.

Sunday, February 27, 2011

MACC ... SPRM

Kalau la MACC tu dapat kepercayaan rakyat sepenuhnya kan ke senang. Bila ada yang tak kena, terutama sekali yang berkaitan dengan RASUAH dalam negara, ada badan yang rakyat YAKIN, maklumlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-MACC).

Siap aje kerja mereka, cukup fakta ... maklumlah orang semua YAKIN ada bukti, dengan siasatan yang sempurna untuk mencari kebenaran dan seterusnya disampaikan pada AGC yang juga orang YAKIN.

AGC yang orang YAKIN, memastikan semuanya teratur, maka bermulalah proses seterusnya dimana orang yang tertuduh juga YAKIN bahawa dia akan diadili dengan telus kerana sekiranya dia tidak bersalah, sistem Kehakiman yang adil dan diYAKINi oleh semua pihak akan memberi semua pihak membuktikan bahawa orang tersebut bersalah atau tidak bersalah.

Adakah kita mempunyai sistem sedemikian ?

Adakah mana-mana negara mempunyai sistem sedemikian ?

Boleh ke kita mempunyai sistem sedemikian ?

Serius ke kita mengharapkan sistem sedemikian ?

Monday, January 24, 2011

Badminton Terbuka Malaysia

Menarik ....

Perseorangan Lelaki : Malaysia kalahkan Indonesia ( tahniah Lee Chong Wei dan Misbun). Nasib baik la kita ada Chong Wei, dan dalam Berita Harian hari ini Misbun kata : Hargai permata ini. Betul tu, kalau tidak terkedu kita. Yang lain habis kena sapu dik Negara China. Punyalah ramai wakil mereka, kita agaknya kalau BAM lebih tumpukan kepada kejayaan dari politiking mungkin boleh balik pada zaman kegemilangan kot.

Perserangan Wanita : China kalahkan China

Beregu Lelaki : China kalahkan Denmark

Beregu Wanita : China kalahkan China ( Semi final pun semua dari China )

Beregu Campuran : China kalahkan China

Yang pasti, negara seperti Jepun, Thailan, Vietnam dah tunjukan peningkatan, jangan nanti kita ketinggalan, mereka ni kedepan macam Korea Selatan.

Seperti FAM (walaupun dah menang SUZUKI CUP), kita masih perlukan satu rombakan besar- besaran bagi meningkatkan sukan yang kita boleh ungguli. Dan ingatlah, sukan adalah satu-satunya perkara dimana rakyat dapat bersatu tak kira apa.

Nak cerita buruk banyak, tapi yang kita perlu adalah cerita baik, ceria dan mengembirakan, dan suka atau tidak kita perlu berusaha kearahnya.

Wednesday, January 12, 2011

Yang mana satu ????

**** UPDATE TERKINI yang dah lama

PM Najib kata, kalau berdebat nanti ada yang DEMAM, DSAI kata kalau DEMAM dia maka Panadol, kira ok la PM, kita orang nak tenggok DSAI Demam, bila tarikhnya. Ini peluang keemasan ni




*** UPDATE 12012011 (4.10pm)
.
KJ kata, lawan debat dengan dia dah lah, DSAI tak layak berdebat dengan PM Najib. Ini dah kira bagus, lepas Nazri, dtg KJ, siapa pula lepas ni, Ibrahim Ali kata tak payah layan la.
.
PM Najib kata RM51 Billion, DSAI kata RM19 Billion, nak 'implement' Program 100 hari PR, jadi lagi bagus kalau diadakan "BAHAS KEBANGSAAN", masuk TV, gerenti orang tak tenggok cerita lain, dan lepas tu umumkan PRU13 kalau terbukti DSAI kelentong.
..
PM Najib dengan 1Malaysia dan Plan Transformasinya

MANAKALA ...

Pakatan Rakyat dengan janji 100 hari apabila mengambil alih Putrajaya.

Ketua Pembangkang DSAI ajak/cabar PM Najib "DEBATE", baguslah tu, perjelaskan kepada umum, kan senang rakyat buat andaian ... kata orang putih "FAIR and SQUARE", apa nak ditakutkan, kenalah buktikan keupayaan masing-masing. BETUL orang nampak, KELENTONG pun orang nampak. Alih-alih, Nazri kata bahas dengan dia dulu, nak jadi macam Shabery Chik ke?

Jadi apa juga sekalipun, yang kita ada tetap 1 undi. Bila PRU13 akan diadakan terpulanglah kepada PM Najib. Paling awal kata mereka Mac tahun ini, boleh ke 8hb Mac 2011, atau sama dengan DUN Sarawak paling lewat Jun atau Julai 2011.

Kalau sistem 2 Parti dapat terus berlaku maka mudahlah rakyat nak buat keputusan, kerana siapa yang boleh meyakinkan mereka, akan dipilih. Tetapi rasanya akan adalah pertandingan 3 ke 4 ke 9 penjuru ditempat tertentu, adakah itu amalan demokrasi atau saja nak kacau daun, itu pengundi kawasan tertentu kena pilih lah.

Kalau lepas PRU12 dulu semua pihak berusaha memperbaiki diri serta parti masing-masing kan senang, ini tidak, kacau sana kacau sini, lompat sana, lompat sini ... akhirnya kelam kabut. Ini belum lagi cukup tempoh dah nak cerita "SNAP ELECTION", takut takut nanti terkedu, masa tu baru padan muka.

Negara ini kita yang punya, kalau dibandingkan dengan Negara-negara lain, ramai yang sebenarnya dengki sakan dengan kita, tapi kita sedar ke dengan apa yang kita ada. Memanglah yang kena kebas pun banyak juga, itu antara berberapa perkara yang perlu terus ditangani dengan lebih efektif. Kalau salah dan terbukti, banyak JEL-JEL yang boleh menampung mereka ni. Syaratnya pastikan sistem awam yang berkesan, kerana ramai yang kurang meyakininya. Ingin diulangi bahawa sistem awam kita perlu tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang serta peraturan yang sedia ada.

Kalau orang BN salah tangkap, kalau orang PR salah tangkap, orang miskin tangkap, orang kaya pun tangkap juga. Kalau ada mereka dari kalangan kerabat di raja yang tidak mengikut Perlembagaan pun perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Adil biar adil keseluruhan, jangan pilih bulu. dengar cerita, Perlembagaan kita tu dah 600 kali diubah, kalau betul untuk kebaikan bagus, kalau rasa ada kekurangan ubahlah lagi, janji Malaysia lebih berjaya lebih harmoni.

Nak rakyat jadi lebih patriotik, biarlah saksama, jangan ingat awak patriotik, saya tidak kerana tidak sependapat dengan anda. Kalau saya tak sokong 1Malaysia tapi saya Cinta Alam Malaysia adakah saya tak PATRIOTIK ? Sama juga macam Zahid Hamidi kata mungkin mereka yang kurang berminat masuk ATM tu tak patriotik, ramai tu kalau guna statistik.

Oh ya, saya masih sokong kita bina Jambatan Bengkok (scenic bridge) di Selat Tebrau, agaknya ada harapan ke?

Tapi ... PNB jangan bina Menara 100 tingkat dengan duit RM5 Billion tu, bangunkan Kampung Baru lagi baik, mula kan Amanah Saham Kampung Baru (ASKB), nilai harta di Kampung Baru, 'convert' jadi saham.

Memang kita dalam dilema, nak pilih yang mana satu???