Monday, December 21, 2009

SAMSENG JALANAN

Bayangkan sekumpulan penunggang motosikal membawa motosikal mereka dengan laju tanpa memperdulikan penguna lain. Ini selalunya berlaku pada waktu siang, tetapi apabila mereka berlumpa dengan aksi mereka yang merbahaya pada waktu malam sehingga 3-5 pagi, mereka telah mengganggu orang yang hendak tidur juga.

You Tube ni classic, disini

Situasi ini telah berterusan kerana "samseng-samseng" ini yang juga terkenal dengan "mat rempit", itu pun ada yang satu ketika beri idea nak tukar nama ke 'mat cemerlang' konon, ada juga yang dapat 'chance' kalau tak silap pergi 'terjun khutub utara.

"Serious" mana kita nak benteras masaalah ini. Ini memerlukan banyak pihak terlibat, tak boleh lepas pada Polis sahaja, tapi kalau dengan Polis pun diorang ni tak takut, atau main-mainkan, kita orang biasa ni lagi di buat tak kesah, silap haribulan, kereta kita kena pecah, rumah kita kena baling, keluarga kita kena kacau. Ini yang ramai buat tak kesah walaupun kena marah.

Tapi, kita tidak ada pilihan kerana kita kena mula. Pertama, ialah kita perlukan undang undang yang ketat. Olih itu, pembuat dasar (MP kita kat Parlimen) kena luluskan satu rang undang undang yang antara lain membuatkan setiap yang terbabit berfikir bukan sekali atau dua, tetapi 100 kali.

Contoh contoh apabila terbukti merempit mereka kena ...

1. Hukuman Penjara 5 tahun atau lebih (kalau ada orang mati 10 tahun atau lebih).
2. Ibu bapa kena 1 bulan.
3. Motosikal dirampas dan lesen dibatalkan serta merta.

ada lagi ke ???

Jadi sekarang, bagaimana nak arahkan tenaga yang tengah hot nak tunjuk "terror" ni, kita kena ada alternatif yang menarik, jangan sibuk nak "motivasi" aje.

Dia orang ni nak orang tenggok, jadi kita kena beri peluang juga tapi undang undang kena cepat. Menteri Dalam Negeri, jangan lama lama sangat NKRA ke KPI ke, jadikan ini tanggung jawab nasional, tentu semua MP kat Parlimen tu sokong, (yang tak sokong tu mungkin ada kaitan dengan "samseng Jalanan/Mat Rempit" kot).

Rasanya kalau ada 222 ahli Parlimen, dan semua hadir sidang Parlimen, jadi sejarah semua sokong 100% tak ada yang menentang.

Apa kata Ketua Pembangkang?

No comments: