Sebagai mengingati FIFA World Cup 2014, kita nak tanya soalan ini, Malaysia bila lagi?
Presiden FAM sejak sekian lama dah turun, Timbalan Presiden yang sekian lama dah naik jadi Presiden.
Makanya macam turun dan naik tahta la ...
Jadi ...
Presiden Baru
Coach Baru ... Dollah Salleh
Azam pun mesti lah baru, lepas tengok Germany belasah Brazil di separuh akhir (7 - 1), dan akhirnya menang 1 - 0 mengalahkan Argentina yang ada Messi tu.
Sejarah mudah kejayaan Germany,
2002 di Jepun : Final - kalah kepada Brazil
2006 di Germany (tempat sendiri) : kalah Semi Final dan akhirnya tempat ketiga
2010 di South Africa : kalah Semi Final
2014 di Brazil : Juara
Pada tahun 2006, pembantu jurulatih Germany adalah Joachim Low. Dia menjadi pembantu kepada Jurgen Klinsmann yang sekarang ini Jurulatih United States of America, selepas itu dilantik menjadi Jurulatih selepas Klinsmann letak jawatan.
Berapa tahun tu nak kira nampak hasilnya ... jadi kasi peluang kat Dollah masa, jangan angan-angan tinggi, tapi asyik tukar jurulatih, yang duduk kat pengurusan tu, kalau dah tak mampu sila letak jawatan, kalau tidak tukar aje mereka tu.
Menteri Sukan yang banyak idea kot-kot boleh bantu, tapi jangan main-main dengan FIFA, kacau aje persatuan, mereka marah tau, tenok Nigeria ... power tau FIFA.
Mungkin kalau betul perancangannya ... 2018 (Russia) tak lagi kot, 2022 (Qatar kalau tak kena tukar) tak lagi kot, 2026 (......) mungkin ... 2030 .............
Tapi negeri lain pun nak masuk Piala Dunia juga ... siapa yang akan layak ???
Harimau Malaya oh Harimau Malaya .... harapan kami tinggi mengunung.
***in shaa Allah ...
2018 : Adam 19, Ayyub 17
2022 : Adam 23, Ayyub 21
2026 : Adam 27, Ayyub 25
2030 : Adam 31, ayyub 29
Sorry la Adam, Brazil tak menang tahun ni, Ayyub, Sepanyol dah balik awal-awal lagi, Holland pun tak kesampaian, Argentina pula belum lagi. So Team Abah dan Ibu, Germany yang menang. Yeah ....
An environment where all people who are proud to call themselves Malaysian and as long as it provide freedom for all without encroaching the freedom of others. Malaysiafirst
Monday, July 14, 2014
Tuesday, April 1, 2014
PERPERIKSAAN ...
Dulu-dulu, masa kita Darjah 5, kita ambil Penilaian Darjah Lima, bila sampai Form 3, kita ambil Lower Certificate of Education (LCE) bila Form 5, Kita duduki Malaysian Certificate of Education (MCE). Yang terus ke Form 6, mereka ambil Higher School Certificate (HSC). Bunyinya macam zaman dahulu kala aje, tapi tak lah lama sangat .... MCE tahun 1978 ... 36 tahun je.
Lepas tu Lembaga Perperiksaan ambil alih sediakan Lembaga Perperiksaan Malaysia, dan sekarang ni anak-anak kita ambil Ujian Penilaian Darjah Enam (UPSR), masa Tingkatan 3, mereka melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan di Tingkatan 5, mereka perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang ke Tingkatan 6, mereka mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Tapi sebelum tu, ada SRP dan sebagainya....
Sekarang ni dah tukar pula ... PMR dah tukar ke Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Apa lah yang sebenarnya mereka yang bijak pandai nak buat kat Kementerian Pendidikan Malaysia ni tak lah kita faham. Adakah dengan pertukaran-pertukaran tersebut pengetahuan dan kejayaan sebenar meningkat ?????
Sekarang di Malaysia, dah ada yang mula guna silibus antarabangsa kerana lebih diterima, kita nak cuba buktikan apa? Di antara yang terkemuka ialah Cambridge IGCSE. Kalau lah di kaji, selain dari penambahbaikan yang dilakukan, nama perperiksaan nya masih O' Level dan A' Level. Agak nya lah ... kalau kita tak tujuk pandai sangat masih lagi LCE, MCE & HSC kot ....
Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Idris Jusoh, apa cerita ni ???????
Wednesday, March 26, 2014
MH370 ... Malaysia ... Malaysia Airlines
Kita bersedih bagi pihak keluarga yang terbabit, tetapi rasanya selagi belum menjumpai bukti fizikal ... masih ada harapan ...
Dari segi positif, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia di kenali dunia, Malaysia Airlines lebih-lebih lagi. Bagaimana mengambil situasi ini untuk langkah-langkah tertentu yang lebih efektif,
Fikir-fikirkan lah.
Teks Ucapan YAB PM Najib Razak di Dewan Rakyat #MH370
"Tuan Yang Dipertua, saya memohon mencadangkan satu usul seperti berikut :
"Bahawa dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat #MH370 Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
"Bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan, penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut.
"Bahawasanya dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberi bantuan dalam operasi tersebut.
"Dan bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini."
"Tuan Yang Dipertua, saya percaya ahli-ahli Yang Berhormat telahpun mengikuti kenyataan-kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sejak tragedi MH370 berlaku pada pagi 8 Mac.
"Kenyataan malam tadi (24 Mac) yang saya telah keluarkan dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah pun memperoleh tanda-tanda berdasarkan pada analisis satelit yang boleh dikatakan konklusif bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Oleh itu apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa kapal terbang tersebut telahpun hilang di selatan Lautan Hindi.
"Kerajaan sejak tragedi ini berlaku telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi-agensi yang terlibat.
"Di samping itu, kita telah berpegang kepada prinsip bahawa apa sahaja kenyatan yang kita buat semestinya disahkan terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan."
"Kita tidak ada niat sama sekali untuk menghalang ataupun menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa ataupun pengetahuan umum.
"Berkali-kali kita katakan bahawa insiden ataupun kes ini tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah penerbangan.
"Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa langkah-langkah kita amatlah sesuai dan tepat yang telah kita lakukan. Kita telah juga mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara.
"Saya sendiri telah menelefon ramai pemimpin negara luar dan setiap yang saya hubungi telah menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya, dan mereka telahpun mengarahkan agensi-agensi mereka untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, maklumat satelit dan juga mengarahkan aset-aset mereka digunakan dalam operasi SAR mengikut kemampuan negara tersebut.
"Dengan ini, maka operasi SAR telah dilancarkan dan telahpun diubah kawasan cariannya mengikut maklumat terkini yang kita telah peroleh.
"Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga-keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi insiden ini dan kita sedar bahawa kita perlu memberi kepuasan kepada mereka dengan secepat mungkin.
"Oleh itu priority (keutamaan) kita setelah dapat sahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan selatan Lautan Hindi bahawa segala tumpuan sekarang ini diberikan pada kawasan tersebut.
"Pagi tadi sekali lagi saya telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot dan beliau menyatakan pada saya bahawa sokongan dan kerjasama bantuan Australia akan diberikan secara berterusan sehingga kita dapat mencari dan mengesan pesawat MH370.
"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut adalah amat sukar dan amat mencabar sekali, ini bererti bahawa kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370.
"Pada masa ini kita telah menerima pelbagai cadangan antaranya ialah untuk berkabung dengan menurunkan separuh tiang bendera kita dan sebagainya."
Subscribe to:
Posts (Atom)