Tuesday, April 1, 2014

PERPERIKSAAN ...

Dulu-dulu, masa kita Darjah 5, kita ambil Penilaian Darjah Lima, bila sampai Form 3, kita ambil Lower Certificate of Education (LCE) bila Form 5, Kita duduki Malaysian Certificate of Education (MCE). Yang terus ke Form 6, mereka ambil Higher School Certificate (HSC). Bunyinya macam zaman dahulu kala aje, tapi tak lah lama sangat .... MCE tahun 1978 ... 36 tahun je.

Lepas tu Lembaga Perperiksaan ambil alih sediakan Lembaga Perperiksaan Malaysia, dan sekarang ni anak-anak kita ambil Ujian Penilaian Darjah Enam (UPSR), masa Tingkatan 3, mereka melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan di Tingkatan 5, mereka perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang ke Tingkatan 6, mereka mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Tapi sebelum tu, ada SRP dan sebagainya....

Sekarang ni dah tukar pula ... PMR dah tukar ke Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). 

Apa lah yang sebenarnya mereka yang bijak pandai nak buat kat Kementerian Pendidikan Malaysia ni tak lah kita faham. Adakah dengan pertukaran-pertukaran tersebut pengetahuan dan kejayaan sebenar meningkat ?????

Sekarang di Malaysia, dah ada yang mula guna silibus antarabangsa kerana lebih diterima, kita nak cuba buktikan apa? Di antara yang terkemuka ialah Cambridge IGCSE. Kalau lah di kaji, selain dari penambahbaikan yang dilakukan, nama perperiksaan nya masih O' Level dan A' Level. Agak nya lah ... kalau kita tak tujuk pandai sangat masih lagi LCE, MCE & HSC kot ....

Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Idris Jusoh, apa cerita ni ???????


No comments: