Monday, October 10, 2011

2012 ...

Kalau ikut angan-angan manusia (seperti dalam filem Hollywood), tahun mereka yang kaya sedang menunggu untuk naik kapal canggih untuk menyelamatkan diri dari kemusnahan yang bakal tiba ... kononnya macam nak kiamatlah ... 

Nasib baik lah itu cerita yang tidak "ramai' percaya, tapi ada juga yang percaya sebenarnya, walaupun bila sebenarnya kiamat akan menjelang.

Yang gila bola, "Euro 2012" akan tiba, dan Negara-negara Eropah yang syok bertungkus lumus berusaha untuk melayakkan diri, sampai nyayok Wayne Rooney, marah tak bertempat tak pasal-pasal kena Kad Merah kerana menendang dengan segaja pemain Montenegro. Apalah bodohnya, duit banyak tapi bahalol, tak pasal-pasal nanti perlawanan pertama Euro England yang dah layak, tanpa dia.

Tahun itu juga London akan menganjurkan Sukan Olimpik 2012, temasya sukan terbesar didunia.

Apa lagi ya ....

Oh ya, di Malaysia kita telah dihidangkan dengan Anggaran Perbelanjaan tahun depan (2012) atau Budget, oleh buat pertamakali Pakatan Rakyat, dan pada hari jumaat yang baru lepas (7hb Oktober 2012) Kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pula membentangkan "Official Budget". 

***Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kena 'sack' oleh Datuk Seri Dr Mahathir (sekarang Tun) pada tahun 1998, portfolio Menteri Kewangan 1, dipegang oleh Perdana Menteri dan diadakan menteri Kewangan 2. 

Sejak tu, PM dah tak yakin orang lain pegang portfolio kewangan kot ???

Banyak dah analisa yang dikemukakan oleh bijak pandai ekonomi dari dua-dua belah pihak, dan rakyat biasa tentang perkara ini, yang suka, gembira dan bodek tak habis-habis serta yang sedih dan dukan dan kutuk tak habis-habis juga.

Kita sedang meneliti juga, yang bagus dan baik kita ucap terima kasih, anak sekolah dapat RM100, kalau ada tiga anak, dapat RM300.00, yuran sekolah tak payah bayar. Ada anak kat Universiti, dapat voucher buku RM200, ada dua orang dapatlah jimat RM400.00 kerana buku .... mahal-mahal buku, yang 'original' lah, sekarang ramai yang main 'photostat' aje tak mampu.

Itu yang senang nak ingat, yang lain tu nanti kita perhalusi.

Tapi ramai dah juga yang kata 'confirm' Pilihanraya 13 akan menyusul dalam masa enam bulan ni, walaupun yang pasti tarikh Parlimen tamat pada April 2013.

Tun Dr Mahathir kata, Budget 2012 Pakatan Rakyat adalah Budget poket kosong dan senang nak janji itu dan ini. Tapi apa juga yang dirancang oleh sesiapa sahaja untuk masa depan adalah tetap rancangan, lebih-lebih lagi oleh mana-mana kerajaan dalam proses mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah dalam Sistem Demokrasi. Pihak Pakatan Rakyat yang buat masa ini pembangkang hanya ingin membuktikan bahawa mereka juga merancang satu "Alternative Budget", supaya rakyat boleh menilai. Sebab itulah mereka lebih dahulu menyampaikan sebelum "Official Budget".

Kerajaan yang memerintah perlu meyakinkan rakyat bahawa mereka perlu diberi kepercayaan berterusan untuk terus mentadbir negara, kerana apabila rakyat merasakan bahawa perlu kepada perubahan, mereka hanya perlu memilih alternatif kepada kerajaan yang ada pada masa itu. 

Itu sebabnya, kadang-kadang terlebih gula-gula tanpa 'substance', gula sedap kita makan, undi tak tentu lagi, kerana rakyat sekarang, terutama yang muda-muda tak mudah digula-gulakan. 

Perlu diingati bahawa berbeza dengan "Budget" atau "Business Plan" syarikat swasta, apa juga yang dirancang oleh CEO dan "Board of Directors", selalunya lebih berpihak kepada "Shareholders", dan sangat kurang melebihkan "Stakeholders" yang lain, iaitu pekerja. Ini kerana CEO dan BOD perlu mengembirakan pemegang saham yang sememangnya tuan punya syarikat tersebut.

Era transformasi telah bermula, hanya bezanya keyakinan individu-individu berbeza-beza.


No comments: