Monday, October 31, 2011

ILMU & BAHASA

Yang mana lebih penting ? ILMU atau BAHASA ???

Mestilah Ilmu ... tanpa perlu lagi perdebatan. Dengan ILMU sesiapa sahaja boleh menguasai BAHASA, tetapi dengan BAHASA tidak semestinya seseorang itu dapat menguasai ILMU. Maka hari ini sejak sekian lama kita di Malaysia masih lagi ditakuk lama bercerita tentang BM (Bahasa Melayu) ke atau English (Bahasa Inggeris). 

Tapi ini adalah cakap orang politik yang mungkin tak ada lagi anak yang bersekolah di Malaysia atau anak-anak mereka bersekolah di International School ataupun di luar negeri.

Bagi pendokong Bahasa pula, dah kerja mereka, tapi dah lebih 50 tahun MERDEKA, tak selesai-selesai lagi cerita ini. Kalau kia kaji, mesti ada silapnya. 

Apa yang membuatkan Bahasa Thai berjaya di Thailand, atau Bahasa Indonesia digunapakai secara menyeluruh di Indonesia oleh semua golongan masyarakat mereka. Berberapa kenalan saya yang berbangsa Tionghua yang pelat berbahasa Melayu, menjadi fasih dalam Bahasa Indonesia tidak berapa lama apabila mula berkecimpung diarena perniagaan di Indonesia dan perlu berkomunikasi dalam bahasa Indonesia di sana. Bila mereka berkomunikasi, bahasa utama mereka adalah Mandarin, tapi sekiranya perlu mereka mengunakan Bahasa atau slanga Indonesia dengan baik. 

Kenapa ??? 

Saya berpeluang ke Indonesia satu ketika dulu, dan pergi ke kedai buku untuk mencari buku baru, judul-judul terbaharu telah siap dialih bahasa ke Bahasa Indonesia. Ini bermakna, mereka tidak mahu rakyat mereka yang mungkin tidak memahami bahasa asal hilang hak kepada isi buku, baik fakta mahupun cereka. 

Di Negara kita pun, kalau kita ke Terengganu atau Kelantan, orang dari kaum yang buka melayu berbahasa denga slanga Kelantan atau Terengganu tak ubah macam orang Melayu, kalau tak tengok rupa atau "face to face" mungkin ingat melayu.

Kenapa boleh ???

Dulu-dulu masa sekolah tahun 60 han - 70 han, kita tak ada masaalah bangsa dan bahasa. Sekarang ni slogan sana sini, bahasa entah kemana, perpaduan dan perkauman makin teruk lagi. Semuanya pasal yang bercakap tentang bahasa dan perpaduan tidak ada keikhlasan.

Masa tu, ada English Medium, Sekolah Kebangsaan dan SJK (C) & (T). Tapi sejak berapa lama ni, "English Medium" dah berkubur, maka dengan sendirinya kefasihan dalam ber Bahasa Inggeris juga merudum. Yang menariknya ... Bahasa Melayu (ada yang sebut Bahasa Malaysia) tak kemana juga. 

Kalau di kajilah agaknya, beraparamai murid Melayu dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5/6 dan yang di Kolej atau Universiti yang Bahasa Melayu mereka baik atau cemerlang !!! 

Yang dari bangsa lain, tak pasti lah.

Dah cuba PPSMI ... tak nak ... sekarang nak cuba pula MBMMBI (entahlah betul ke tidak), itu TDM ini TSMY, lepas tu nanti siapa jadi PM/Menteri dia tukar lagi. Apa mereka ingat anak-anak kita ni boleh test-test tengok mana boleh dapat undi banyak ke. mereka tu dulu, sekolah mana, "English Medium", "Malay School" ke atau belajar kat "Oversea".

Dah ada polisi baru, bila ada pihak yang tak setuju (PAGE & JMM), dia buka kesah sangat, dia ada kuasa. Lepas tu ada pula yang ambil jalan mudah, ikut aje macam Kerbau di cucuk hidung (NUTP dan PIBG Nasional), kita ikut aje lah. 

Nampak gayanya, IBUBAPA kena buat sendirilah, kalau nak anak-anak berjaya dapat ILMU, kenalah usaha dari luar, kalau mampu dan ada duit, ajar sendiri atau bayarlah orang lain ajar. Pada yang tak mampu, apa boleh buat ... pak Menteri pandai sangat ... teramat pandai.

Dah sampai masa dah, Pelajaran dan Pendidikan dikeluarkan dari kekangan POLITIK, ini masa depan anak-anak kita, ia mesti diletakkan dibawah satu SURUHANJAYA yang bebas dengan semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk memberi pandangan dan membuat keputusan. Kerajaan yang memerintah perlu menyediakan "Geran KHAS" dari belanjawan tahunan dibawah kawalselia SURUHANJAYA tersebut. 

Adakan AKTA khas, semua anak-anak Malaysia mempunyai HAK kepada ILMU yang terbaik, dengann apa bahasa pun.

.


No comments: