Monday, July 14, 2014

Malaysia bila lagi ...

Sebagai mengingati FIFA World Cup 2014, kita nak tanya soalan ini, Malaysia bila lagi?

Presiden FAM sejak sekian lama dah turun, Timbalan Presiden yang sekian lama dah naik jadi Presiden.

Makanya macam turun dan naik tahta la ...

Jadi ...

Presiden Baru

Coach Baru ... Dollah Salleh

Azam pun mesti lah baru, lepas tengok Germany belasah Brazil di separuh akhir (7 - 1), dan akhirnya menang 1 - 0 mengalahkan Argentina yang ada Messi tu.

Sejarah mudah kejayaan Germany,

2002 di Jepun : Final - kalah kepada Brazil

2006 di Germany (tempat sendiri) : kalah Semi Final dan akhirnya tempat ketiga

2010 di South Africa : kalah Semi Final

2014 di Brazil : Juara

Pada tahun 2006, pembantu jurulatih Germany adalah Joachim Low. Dia menjadi pembantu kepada Jurgen Klinsmann yang sekarang ini Jurulatih United States of America, selepas itu dilantik menjadi Jurulatih selepas Klinsmann letak jawatan.

Berapa tahun tu nak kira nampak hasilnya ... jadi kasi peluang kat Dollah masa, jangan angan-angan tinggi, tapi asyik tukar jurulatih, yang duduk kat pengurusan tu, kalau dah tak mampu sila letak jawatan, kalau tidak tukar aje mereka tu.

Menteri Sukan yang banyak idea kot-kot boleh bantu, tapi jangan main-main dengan FIFA, kacau aje persatuan, mereka marah tau, tenok Nigeria ... power tau FIFA.

Mungkin kalau betul perancangannya ... 2018 (Russia) tak lagi kot, 2022 (Qatar kalau tak kena tukar) tak lagi kot, 2026 (......) mungkin ... 2030 .............

Tapi negeri lain pun nak masuk Piala Dunia juga ... siapa yang akan layak ???


Harimau Malaya oh Harimau Malaya .... harapan kami tinggi mengunung.



***in shaa Allah ...

2018 : Adam 19, Ayyub 17

2022 : Adam 23, Ayyub 21

2026 : Adam 27, Ayyub 25

2030 : Adam 31, ayyub 29

Sorry la Adam, Brazil tak menang tahun ni, Ayyub, Sepanyol dah balik awal-awal lagi, Holland pun tak kesampaian, Argentina pula belum lagi. So Team Abah dan Ibu, Germany yang menang. Yeah ....