Saturday, September 10, 2011

Merdeka dan Sejarah Malaysia ...

Sejak akhir-akhir ini sejak Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) mulakan cerita, kita mula mendapat pendedahan Sejarah dari pelbagai perspektif. Yang sokong Mat Sabu, dan yang marah kerana apa yang Mat Sabu cakap atau apa yang sesetengah pihak kata Mat Sabu cakap.

Tapi kita nak tanya sikit lah ... apa yang dimaksud kan dengan sejarah?

Ramai yang akan berkata dan ramai pula yang mengaku atau diakui sebagai ahli atau pakar sejarah. Dan dari semua  orang-orang ini, ada yang kata jangan pandai-pandai nak tukar sejarah.

Masa kita sekolah dulu, matapelajaran sejarah tak ada ... yang ada Tarawih ... oops sorry bukan ... TAWARIKH. Betul ke ejaan tu, dah lama sangat pun.

Memandangkan terlalu ramai yang mau kita percaya dengan Sejarah Malaysia, dan apa yang kita baca mempunyai pelbagai versi, "OFFICIAL" atau sebaliknya, kita kena buat kajianlah sikit, tak boleh baca dan percaya bulat-bulat ikut kata orang-orang yang perasan "PAKAR". Nanti kita minat kat belah sini, belah sana marah, minat belah sana belah sini marah pula.

Ayah saya yang alhamdulillah dah berumur lebih 80 tahun (lahir 1931) telah melalui zaman Malaysia yang pelbagai, dan dari beliau saya dapat banyak juga cerita atas pengalamannya sendiri. Beliau pernah menjadi Pegawai Polis berpangkat Sarjan sebelum berhenti atas sebab-sebab tertentu. Masa zaman tu Boss beliau Orang British lah, jadi beliau kira Polis British atau Polis Di Raja Malaysia ??? Ini macam Sarjan Jamil (Bukit Kepong) lah, nasib baik ... alhamdulillah kerana beliau masih bersama kami. Kalau tidak mungkin saya pun sibuk angkat "PLACARD" marah kat Mat Sabu.

Kalau tak silap saya ... mencatatkan apa yang terjadi semalam tu seperti apa yang terjadi secara sebenarnya ... itu lah yang dikatakan sejarah. Yang baik dan menguntungkan adalah sejarah yang baik, tetapi apa yang buruk dan merugikan adalah sejarah yang buruk dan perlu diambil pelajaran dan dijadikan iktibar.

Contoh ...

Esok ... 11 September 2011, maknanya 10 tahun yang lalu World Trade Centre di New York, USA telah di langar oleh 2 kapalterbang yang mengakibatkan lebihkurang 3000 orang terbunuh. Banyak cerita banyak versi, dan dari insiden tersebut banyak serangan dan lebih banyak nyawa terkorban. 

Yang mana satu sejarah dan apa yang terjadi selepas perkara tersebut berlaku? Betul ke versi yang "OFFICIAL" atau ada cerita disebalik cerita?

Lagi satu contoh ...

Arab Spring ... Tunisia lah, Mesir lah, Yemen lah, Libya lah ... semuanya satu sejarah, kalau satu ketika dulu Muaamar Ghaddafi adalah hero Libya, sekarang ni ... dia macam pelarian yang orang belum tahu dimana dia. Semasa dia naik itu sejarah dan bila dia jatuh juga sejarah, apa juga yang dia lakukan untuk Libya, baik atau/dan buruknya juga sejarah. Akan ada cerita rekaan dan akan ada cerita benar, "REBEL" hari ini akan atau telah jadi Pemerintah atau Kerajaan.

Jadi di Malaysia kita ni macammana ????

Untuk diri kita dan generasi akan datang, kita kena buat kajian lah dulu ...

No comments: