Thursday, December 31, 2009

SPEED and SPEED TRAP

Akhir tahun 2009 ni saya nak cerita tentang SPEED TRAP/PERANGKAP LAJU di jalan raya dan lebuhraya. Sebelum, boleh ada PERANGKAP LAJU mesti ada HAD LAJU.
HAD LAJU berbeza ikut tempat dan jenis jalan. Paling rendah yang saya perasaan dalam kawasan perumahan dan dekat sekolah ialah 30KMJ dan diketahui umum HAD LAJU maxima yang dibenarkan di Lebuhraya untuk kereta persendirian adalah 110KMJ. Bagi kenderaan berat dan komersil rasanya maxima 80-90KMJ yang ditampal dengan 'sticker' dibelakang kenderaan tersebut.
Persoalan nya ialah :-
1. Berapa ramai yang mengikut HAD LAJU tersebut?
2. Had tertentu tu logik atau 'practical' ke?
3. Apa sebenarnya 'objective' HAD LAJU?
4. Penguatkuasaan masa kini dengan "PERANGKAP" ni realistik ke?
Ada masanya di berberapa Lebuhraya ada AMARAN PERANGKAP LAJU siap dengan gambar kamera lagi. Jadi selalunya pemandu tekan brek sekejab, lepas tu bawa laju balik.
Kerana masa tertentu bukan rasa sangat, tiba tiba dah lebih HAD LAJU, kena pula kereta yang canggih canggih, 170-180KMJ tak rasa apa pun. baru sekejap tadi saya perasan ada 'SPEED TRAP' dekat denga PUSAT SAINS NEGARA, kawasan tu HAD LAJU hanya 80KMJ, memang kena punya, pengalaman sendiri bawa kereta cabuk pun tak perasan dah lebih 90KMJ dapat saman RM300.00 lepas diskaun terbang RM200.00. Lebihnya 10KMJ tapi laju tetap laju, kalau tahu baik bawa 200KMJ, baru berbaloi bayar. Itu pasal yang punya kereta canggih tu dia buka peduli pun, tekan habis habisan, kalau kena saman sama juga maxima RM300.00, nasib baik dapat diskaun 50%.
Katalah saya nampak ada pihak traffik PDRM sedang buat "SPEED TRAP", saya beri info pada pemandu lain (nak tolong mereka), adakah itu satu kesalahan? Niat saya nak tolong mereka supaya bawa pelahan dan kedua selamat lah duit dari kena saman.
Kalau tak melanggar undang2, saya ada berberapa idea yang hendak diketenggah kan, boleh jadi 'business' kot? Ini kerana, PDRM hanya dapat mereka yang bawa laju semasa operasi sahaja, masa tak ada operasi bawa laju macam mana pun, jadi samseng jalan macam mana pun, bawa Bas Express gila gila pun "NO PROBLEM".
Bukan lah saya minat sangat ada Pegawai PDRM Trafik setiap masa, tapi ada masanya, nasib tak baik baru laju sikit, bukan perkara biasa pun, disebabkan masa tu ada "SPEED TRAP" kena. Ini yang dikatakan TIDAK ADIL. Masa kita tengok ada keperluannya tak nampak pula batang hidung.
Kita perlu memikirkan cara lain, alternatif terbaik bagi menghadapi masaalah sebegini bagi memastikan setiap penguna tahu tanggung jawab mereka dan yang paling penting selamat.
Tapi apa juga kita tidak boleh lupa tentang QADA dan QADAR, kita ikut semua peraturan, dik sebab kesilapan atau ketidaksengajaan orang lain kita mungkin jadi mangsa.
Selamat menyambut Tahun baru 2010 dan Tahun Baru Hijrah 1431.

No comments: