Wednesday, November 10, 2010

INSPIRA ...

Berapa ramaikah yang akan mendapatkan Inspiration?

Suka dengan tidak, akan ada yang menyokong, seterusnya membuat tempahan (ada yang dah tempah pun dan mungkin dah ada diatas jalan raya), dan ada yang sedang nak 'test drive', ada juga yang sedang isi borang dan tak kurang juga yang tak dapat nak pakai kerana tak mampu, atau dah kena 'blacklist'.

Dan ramai juga yang akan kutuk dan kondem macam MP dari Kinabatangan tu, atau pun mereka yang sewaktu dengannya, tak kira lah dari BN atau PR. Yang kaki kutuk dan kondem ni, akan terus dan sentiasa kutuk dan kondem, kerana pada mereka disebabkan oleh Proton, mereka tak dapat pakai kereta resmi yang selain Proton atau pun disebabkan oleh Proton harga kereta lain menjadi lebih mahal.

Tapi ...

hakikatnya, mahal ke apa, masih melambak lagi kereta jenama lain di Malaysia ni, jadi pada yang mampu, beli ajelah kereta lain tu, lagi ramai yang beli, enjoylah, pada yang kurang mampu, tax yang dia orang bayar tu dapatlah kat kita secara tak langsung.

tak kurang juga yang kata tukar label aje, dah tu mula dari tukar label la, macam la pembuat lain tu tak tukar label? Yang beli Proton tukar Mitsubisbi tu biasa la, perodua tukar daihatsu, dan Toyota Harrier tukar Lexus tu ... apa?

Tun Dr Mahathir pencetus idea Proton ni, ada cerita bab Proton Exora yang menang satu pertandingan kat UK, baca disini. Ini tentang teknologi hijau dan hybrid. Mungkin dalam masa yang akan datang, yang kaki kutuk dan kondem ni jadi peminat. Yang utama, Proton kenalah sentiasa memperbaiki mutu dan yang paling peting 'after sales service' kena lah yang terbaik. Kalau yang sokong pakai kerana minat, suka dan patriotik dan MAMPU ni di jaga dengan baik, rasanya minat yang lain akan bertambah.

Anak2 saya masa dalam kereta akan sentiasa tanya, abah ...

1. itu kereta apa ?

2. buat kat mana?

Selain dari, Jepun (Toyota/Nissan/Mitsubishi/Mazda ...), Korea (Kia/Hyundai...), Itali (Fiat/Ferrari/Meserati/Alfa romeo ...), Jerman (Mercedes/BMW/Volkswagen/Audi ...), Perancis (Peugeot ...), UK (Austin Martin/Jaquar/Rolls Royce ...) dan sebagainya. Ada juga dari Russia, India. Tapi ...

Malaysia juga di iktiraf sebagai pembuat kereta. Baru lagi ... 25 tahun aje, tapi kena sentiasa tingkatkan kualiti, supaya kita sama sama berbangga. Industri ini akan terus berkembang, ramai yang mendapat manafaatnya, hanya usaha yang lebih serius perlu.

Dulu orang kata kereta Jepun dibuat dari Tin Milo, sekarang ????

5 comments:

remgold said...

Proton tak mahu beli lah!
i nak beli kereta made-in-singapore, KiaSuzuki, short form KiaSu.

d'enricher said...

Tak nak beli tak pa, itu hak masing2, yang dok kutuk dan kondem tak sudah tu yang kita sakit hati.

Tadi saya nampak Inspira yang warna silver, on the road, kira berbaloi juga kalau dapat.

Kalau Singapura buat KiaSu, gerentee ramai rakyat sana yang tertarik kot.

msleepyhead said...

Lexus ialah nama (brand) Toyota yang digunakan di US untuk membolehkan kereta keluaran Toyota memasuki pasaran US.

http://en.wikipedia.org/wiki/Lexus

Sila periksa fakta anda.

d'enricher said...

msleepyhead,

Terimakasih kerana menjengok dan komen anda. Memang la Lexus brand Toyota untuk kategori "luxury".

Ramai yang beli Harrier, kerana nak glamour tukar badge Lexus ... itu maksud saya, kerana apa.

Toyota tahu, ramai sanggup bayar lebih kerana brand, itu strategi pemasaran.

Dan mereka berjaya.

Unknown said...

referring to wikipedia is not a reliable fact, eventhough you are right... check ur evidence base, msleepyhead..