Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya mengaum ...

Walaupun, terkedu di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi, apabila kalah 2-1 ditangan Indonesia, kemenangan pertama di Stadium Bukit Jalil dengan 3-0, memberi ruang kepada Malaysia membawa pulang Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2. Oh ya ... USD100,000.00.
.
Maka bergembiralah lagi rakyat Malaysia apabila PM Najib, mengistiharkan bahawa 31hb Disember 2010 sebagai cuti umum. Seronok sakan lah semua yang bekerja, yang dah memang cuti boleh 'claim' balik ke cuti tahun, dan yang mana kena kerja dapat lah 'claim overtime'.
.
Kita sememangnya perlukan kemenangan ini untuk menaikan semangat rakyat Malaysia, dan ramailah nanti nak tumpang 'glamour' . Jangan sampai lebih-lebih sudahlah, kita belum menang 'FIFA World Cup' lagi tau, nanti lain kali naik tocang si pemain, bagi itu ini lupa cara main bola. Ada yang nak beri tanah ke, pingat Dato ke dan sebagainya, tunggu dulu.
.
Kalau kat SEA Games, Asian Games dan Olympics masih TETAP satu pingat aje tau.
.
Akhir kata, TAHNIAH Rajagopal, Khairul Fahmi Che Mat,Mohd Asaruddin Putra Omar,Mohd Sabre Abu, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas,Safiq Rahim, Amar Rohidan, (Razman Roslan) S.Kunalan, Mohamad Ashari Samsudin (Mohd Amri Yahyah) Safee Sali (Izzaq Faris), Norshahrul Idlan Talaha. Selamat berjaya lagi.
.
Saya baru perasan, sekarang ni logo FAM tak ada, tapi JALUR GEMILANG ... terpampang baru lah betul.

No comments: