Monday, April 26, 2010

Dah submit TAX RETURN ke???

Sebagai muqaddimah, kalau lupa. 4 Hari lagi (update 28 April 2010)

Lamanya dah tak dengar tentang "Wawasan 2020" atau Vision 2020. Baru baru ini Tun Dr Mahathir (TDM) ada sebut, dari pandangan beliau, berkemungkinan besar, ini tidak akan tercapai kalau sekira perkembangan ekonomi tidak lancar seperti yang dirancangkan.


Mungkin juga disebabkan oleh perkara perkara lain, atau pun sejak bertukarnya pimpinan dari TDM ke Tun Abdulah (Pak Lah) yang mencanangkan Islam Hadhari, dan seterusnya kepada Dato' Seri Najib dengan 1 Malaysia.

PRK Hulu Selangor baru saja berakhir dan sementara menunggu PRK Sibu, mungkin Kerajaan Persekutuan yang merintah, serta Kerajaan Negeri (BN dan PR) serta semua rakyat Malaysia perluberhenti dan berfikir sejenak. Apakah kita benar benar berada dilandasan yang betul dan kemajuan akan dapat kita kecapi apabila 2020 menjelang, kurang dari 10 tahun lagi.

Bagi saya, suka atau tidak proses putaran bumi mengelilingi matahari akan terus berlaku sehingga mana atas kuasa yang maha esa, telah sampai masa untuk is berhenti (bagi yang menerima hakikat ini). Sehingga masa itu, kita masih boleh mencorak serta merencana. Kalau kita ikut Hollywood, semuanya boleh hancur, tapi yang best tu, masih ada aje "harapan". Yang mana tengok cereka hollywood seperti 2012 dsb, akan faham maksud ini.

Saya sentiasa berpendapat, ada baik dalam semua niat serta matlamat, tetapi atas sebab-sebab yang hanya ingin difahami oleh setiap individu atau golongan, hak bagi dia memilih masih hak dia, dan sehingga dia dapat menerima pandangan yang berbeza, kita perlu memahaminya dengan harapan dia juga perlu memahami kita.

Kalau kita cerita Politik, ada yang sokong BN atau PR, jangan ceritalah yang sokong C, D atau Z, yang sokong BEBAS pun ok juga. Saya sokong "Good Governance."

Kalau sokong bolasepak, sikit masa lagi FIFA World Cup, dah mula sibuk nak ke South Africa atau siap beli TV besar atau TV baru di rumah, atau bersedia menjadi penunggu setia di big-big screen di kedai mamak atau restoran. Yang mana lebih fanatik tu, cerita kelab yang disokong tak lekang dibibir, cerita EPL (MU ke Chelsea ... juara), La Liga (Barcalona ke Real Madrid ... juara, Serie A (Inter ke AC Milan ... juara), dan Bundesliga....

Oh ya ... juga jangan lupa Liga Super Malaysia. Selangor masih pendahulu liga walau pun tak berjaya mempertahankan Piala FA, tahun ni Negeri Sembilan yang dapat.

Masa depan kita terletak kepada generasi masa depan, tetapi perancangan yang betul perlu dicorak oleh kita masa kini, kerana apa yang kita ada atau kecapi sekarang adalah secara langsung atau tidak langsung apa yang terjadi atau di rancang 5, 10 atau 20 tahun terdahulu. Masa depan anak anak kita tergantung kepada apa yang kita corak sekarang.

Pelajaran yang baik memerlukan kos yang tinggi, antara guna duit sendiri atau pinjaman atau dapat biasiswa. Pinjaman semestinya kena bayar, biasiswa datang dari dana pemberi biasiswa, tetapi ia tetap dari DANA AWAM. Biasiswa swasta dari dana perlepasan tertentu yang tidak tercukai, manakala Biasiswa Awam dari cukai yang dikumpul.

Dan dalam proses itu, teringat satu perkara penting yang perlu kita ingat, dah submit borang Income Tax ke, sekarang ni guna online senang tau, bayar tax tu tak lah gemar, gaji pun tak besar, tapi kena ke tak kena, submit tetap wajib. Nanti kena penalti, marah lagi...

Last day kalau tak ada perubahan ialah jumaat, 30hb April 2010. 5 HARI lagi.

Ok la, nak gi cari EA Form dengan semua resit, yang mana dapat pelepasan tu, kena ada bukti.

No comments: