Thursday, May 13, 2010

Semalam sedih ... hari ni gembira sikit

Tarikh hari ni tak lah mengembirakan sekiranya kita ingat pada kejadian yang terjadi 41 tahun yang lalu, tetapi sekiranya kita positif, ia mengajar kita untuk berhati-hati dalam usaha kita untuk hidup dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Yang penting kita jadikan usaha untuk terus maju dalam setiap aspek hidup kita.
Yang menariknya lagi, semalam pasukan Piala Thomas kita berjaya melangkah ke separuh akhir kejohanan Piala Thomas 2010, dengan mengalahkan musuh tradisi, iaitu Denmark. 3 - 2. Lee Chong Wei, Koo Kien Kiat & Tan Boon Heong serta Hafis Hashim memberikan kita kemenangan. Kepada mereka dan seluruh pasukan (termasuk Wong Choong Han dan Mohd Zakri & Hoon Thien How) serta jurulatih, syabas dan tahniah.
Juga terima kasih kerana kami masih lagi boleh meyokong anda apabila bertemu China di peringkat separuh akhir nanti.
Kepada skuad Piala Uber, kita cuba lagi ... ok.
Saya mengharapkan agar kita dapat mengalahkan China esok sementara Jepun berjaya mengalahkan Indonesia, jadi adalah peluang untuk kita berjumpa Jepun dan BALAS DENDAM.

2 comments:

remgold said...

tak boleh menanglah lawan china beb.
lepas tu lawan indonesia kat final, kalau menang pun.
adoi. ni nak kena panggil bomoh puaka baru boleh menang.

d'enricher said...

Memang kena panggil bomoh lah, semua main tak kena.

China tersangatlah bagus, so ... balik ke 'drawing board' la. Si Lin Dan tu bukan main ekk lagi dia ... aku kalahkan World No. 1.

Tapi kan ... Lin Dan Lawan Datok Lee, rasa tua sangat lah, dah tak ada tenaga.